Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Penduduk Pendalaman Sarawak Belanja RM700 Untuk Ke Hospital





LIMBANG 26 DIS:Masih ramai penduduk di kawasan pedalaman Limbang berhadapan masalah untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan yang baik
disebabkan kekurangan kemudahan klinik dan hospital, kata anggota Parlimen Limbang Hasbi Habibollah di sini.
   
Beliau berkata untuk mendapatkan rawatan  perubatan biasa di hospital Limbang sesetengah penduduk khasnya yang tinggal di Ulu Mendamit dan Ulu Lubai
di pedalaman Limbang terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk belanja pengangkutan.
   
"Ada penduduk, seperti di Long Napir misalnya terpaksa berbelanja sekitar RM700 untuk mendapatkan sekali rawatan kesihatan di Hospital Limbang dan ia
pastinya menjadi beban utama penduduk yang hanya terdiri daripada golongan petani kecil-kecilan," katanya ketika ditemui di sini.
   
Katanya beliau berharap kerajaan akan dapat menimbang usaha membangunkan kemudahan klinik kesihatan di kawasan pedalaman Limbang selain meningkatkan kemudahan jalan raya, elektrik dan air yang diperlukan di kawasan tersebut.
   
Bahagian Limbang dan Lawas yang terpisah oleh dua wilayah Brunei mempunyai kira-kira 49,000 penduduk dan kebanyakkkan adalah dari masyarakat Orang Ulu selain Melayu, Cina dan Iban.

-/ Bernama

0 Komen pengunjong :