Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Meriam Air untuk Rakyat yang berdemonstrasi

Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim akhirnya berjaya masuk ke dalam bilik tetamu Istana Negara bersama beberapa orang EXCO-nya, setelah berunding dengan polis.  Dalam satu sidang media yang ringkas selepas menyerahkan dua kotak dokumen kepada pihak Istana, Khalid memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah menyatakan kesudiannya untuk berunding semula dalam isu berhubung penstrukturan air, semalam.
Sementara itu, gas pemedih mata dan meriam air terus dilepaskan ke atas peserta yang enggan bersurai.  Mereka terpaksa melarikan diri ke dalam Masjid Negara.  Pada jam 2.59 petang, polis telah masuk ke dalam perkarangan Masjid untuk menangkap kira-kira 10 orang.  Kini, tiga baris anggota polis, iaitu kira-kira 150 orang sedang berkumpul di luar masjid, menunggu tindakan selanjutnya.  
Sebelum ini, Perhimpunan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang merupakan reaksi terhadap perhimpunan ini, telah bersurai apabila penganjurnya bersetuju untuk menghantar memorandum Istana Negara dengan dua buah kereta yang diiringi polis, tengahari tadi.  Kira-kira 300 orang berpakaian hitam dilaporkan berkumpul di Stadium Merdeka pada pagi ini, merancang untuk menyerah memorandum kepada Yang Di-pertuan Agung berhubung 30 perkara penyelewengan yang berlaku di Selangor.
Di samping itu, perhimpunan "Bantahan terhadap kenaikan harga dan penswastaan air" masih diteruskan, biarpun beberapa tangkapan telah dilakukan oleh pihak polis.  Antaranya, ADUN Kota Damansara Nasir Hashim, dua orang pemimpin PSM iaitu Arutchelvan dan Selvarajan, jurukamera TV Selangor dan beberapa orang ahli PAS telah ditangkap.

0 Komen pengunjong :