Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Guan Eng mahu Utusan minta maaf dalam 14 hari


GEORGE TOWN, 22 Dis – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi tempoh 14 hari kepada Utusan Malaysia untuk memohon maaf sebelum membawa akhbar itu ke mahkamah.
Peguam Lim, Jagdeep Singh Deo memberitahu pemberita di sini bahawa surat tuntutan telah dihantar kepada akhbar berkenaan agar menarik balik  beberapa perkataan yang dianggap bersifat fitnah dalam artikel bertajuk “Kebiadaban Guan Eng”, yang disiarkan kelmarin.
Utusan didakwa melabelkan Lim (gambar) sebagai rasis dan anti-Melayu dalam artikel yang disiarkan sehari selepas Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua, yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP mahu akhbar harian itu menyiarkan permohonan maaf dan membayar ganti rugi kerana memfinah beliau.
Jagdeep berkata Lim, menafikan kesemua dakwaan dalam surat tuntutan yang dihantar itu.
Lim juga mahu mengambil tindakan perundangan peribadi terhadap Utusan, yang dimiliki Umno, kerana mendakwanya sebagai ejen asing dan mahu DAP dibubarkan.
Jagdeep berkata, sejak 2008 Lim telah menghantar lima surat tuntutan kepada Utusan.
Satu kes fitnah sudah pun difailkan di mahkamah, kata beliau.

0 Komen pengunjong :