Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Generasi Felda Habiskan Sisa Hidup Bayar Hutang Pendidikan






KEMANAN 5 DIS : Pendidikan tinggi yang diharap mampu membebaskan generasi peneroka Felda dari kemiskinan bukan peluang yang mudah diperolehi mereka.

Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia, Nasharuddin Isa berkata generasi peneroka Felda, bersama rakyat marhaen lainnya berhadapan dengan realiti bahawa mereka mungkin perlu menghabiskan sisa hidup membayar hutang, khususnya skim pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional, atau PTPTN.

Di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kemaman  semalam, Nasharuddin berkata Umno-Barisan Nasional begitu komited melahirkan graduan yang dibebani hutang.

Beliau mengajak rakyat mempersoalkan mengapa biasiswa kepada bumiputera ditarik balik, dan digantikan dengan sistem hutang ini.

" Biasiswa telah diganti dengan program yang menampakkan permasalahan iaitu PTPTN. Begitu hebatnya Umno-Barisan Nasional ini, pelajar kita melangkah sahaja ke universiti, sudah menanggung hutang. Tak cukup dengan itu, kerajaan juga kenakan bayaran perkhidmatan keatas peminjam-peminjam PTPTN," jelas Nasharuddin. 

Yang lebih membimbangkan, wang yang sepatutnya digunakan Felda untuk mengangkat taraf kehidupan peneroka digunakan dalam cara yang amat mencurigakan.

Menurut Nasharuddin, Felda melabur wang peneroka sebanyak RM23 juta ringgit setahun ke dalam sebuah pusat pengajian tinggi swasta, Lim Kok Wing, untuk membawa anak-anak peneroka belajar di situ.

" Apa keperluan hantar mereka ke Lim Kok Wing? Bukan saya anti-universiti itu, tetapi jika benar kerajaan mahu bantu Melayu, ada banyak lagi institusi pendidikan milik orang Melayu yang tidak dapat hidup tanpa dokongan dan sokongan hatta dari kerajaan sendiri.

" Kalau RM23 juta setahun, sudah cukup untuk menubuhkan sebuah kolej universiti dengan kursus-kursus tertentu. Tetapi mengapa Felda tidak buat? Mengapa bagi pada Lim Kok Wing? Sebab isu kroni," tambahnya lagi.

0 Komen pengunjong :