Namun pemimpin dan pembahas berkarisma ini kembali bangkit, menyebabkan harapan musuh politiknya punah. Musuh politiknya menjangka tidak akan bertahan di dalam krisis pemilihan kongres nasional PKR selain dari keperitan yang dialami semasa perbicaraan kes liwat (termasuk sokongan pemimpin Singapura yang percaya beliau bersalah) dan penggantungan dari Parlimen.
Di dua ceramah terbaru di Negeri Sembilan dan Melaka, hadirin menerima beliau dengan penuh semangat.
Ketika pilihan raya PKR yang berakhir bulan lalu, Datuk Zaid Ibrahim dan S Jenapala menyerang Anwar secara bertalu-talu atas alasan proses pemilihan yang samar. Mereka turut menerima sambutan meluas dari dalam parti. Mereka turut mempertikai legitimasi Anwar sebagai ketua umum PKR.
Ramai penyokong pembangkang termasuk pemimpin PAS dan DAP bimbang terhadap liputan media negatif yang diterima Anwar akan menjejaskan prestasi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.
Para pemimpin tertinggi PKR juga menghadapi kesukaran menerangkan isu Anwar kepada ahli akar umbi kerana media arus perdana melaporkan perihal gelora yang melanda secara meluas.
Menurut sekurang-kurangnya sebuah akhbar Melayu, Anwar telah kehilangan keyakinan sebahagian besar dari anggota partinya.
Pengkritik beliau patut berada di Seremban pada malam Khamis lepas di mana Anwar menerangkan perihalnya kepada umum buat kali pertamanya setelah digantung dari Parlimen. Mereka akan melihat bukti kekuatan sokongan dan hormat akar umbi kepada Anwar.
Laungan sokongan
Berdasarkan saiz hadirin an reaksi kepada ucapan Anwar, pemerhati politik menyatakan tiada pemimpin politik lain yang berkebolehan untuk mengagumkan hadirin yang terdiri dari berbilang kaum.
Kira-kira 5,000 orang Melayu, Cina dan India berkumpul menghadiri ceramah di Kampung Ismail, Seremban. Jumlah ini mengagumkan kerana acara ini ditentukan pada saat terakhir, mendapat kurang publisiti dan hujan lebat menyebabkan tanah berlumpur di tapak ceramah.
Kepimpinan PKR Negeri Sembilan turut hairan dengan sambutan yang diterima untuk ceramah ini.
Hadirin bukan sahaja mendengar malah melaungkan tanda sokongan dan kemarahan sebagai reaksi kepada apa yang diperkatakan oleh Anwar.
Beliau berucap selama 90 minit dan kebanyakan berkisar tentang tuduhan meliwat dan penggantungan dirinya dari Parlimen selaku Ahli Parlimen (MP) Permatang Pauh, bersama dengan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang).
Merujuk kepada laporan Wikileaks yang memetik kata-kata pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew yang berkata bahawa beliau ‘masuk secara sedar’ ke dalam perangkap liwat, Anwar turut mengkritik mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana komennya.
"Saya cabar Kuan Yew dan Dr Mahathir memberi bukti kepada mahkamah," kata Anwar.
Laporan Wikileaks yang sama itu juga turut mengeluarkan kenyataan buruk mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Anwar mencabar Najib agar mempertahankan diri sebagaimana yang dibuat oleh beliau di mahkamah dan rapat umum.
"Wikileaks turut melaporkan perisikan Singapura percaya Najib menghadapi kesukaran berikutan tohmahan bahawa beliau terlibat dalam pembunuhan Anwar," kata beliau.
"Tapi dia kata ini isu kecil dan ‘fokus kepada pembangunan’.
"Orang menuduh anda terlibat dalam pembunuhan. Bagaimana anda boleh kata ini isu kecil?"
Arahan untuk menawan NS
Anwar sepatutnya berucap selama sejam dan meninggalkan pentas pada pukul 10 malam kerana dijadualkan berucap di Ayer Molek, Melaka.
Namun galakan dan sambutan hadirin menyebabkan beliau meneruskan ucapannya. Beliau tidak mengendahkan peringatan masa sebanyak dua kali kerana seorang lagi pemimpin PKR turut dijadualkan untuk berucap.
Beliau menamatkan ucapannya pada pukul 10.30 malam selepas mengingatkan pemimpin dan penyokong Pakatan menawan Negeri di dalam pilihan raya akan datang.
Pembangkang hanya memerlukan empat kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.
Anwar tiba di Ayer Molek pada pukul 11.30 malam dengan hadirin yang lebih kecil dan sekali lagi beliau memukau mereka.
0 Komen pengunjong :