Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar Akan Digantung Enam Bulan?


SHAH ALAM 10 DIS - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan besar akan digantung selama enam bulan daripada menghadiri Parlimen berhubung isu syarikat perunding imej kerajaan Umno-Barisan Nasional, Apco Worldwide yang dibangkitkannya awal tahun ini, lapor The Malaysian Insider.

Nazri yang bertanggungjawab menjaga urusan Parlimen turut menegaskan surat Apco kepada Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan pada 19 Ogos lalu sudah cukup untuk mengenakan tindakan tersebut tanpa perlu Anwar hadir memberikan penjelasan.

Menurut sumber  yang boleh dipercayai, tindakan penggantungan itu akan dikenakan terhadap Anwar selepas jawatankuasa itu mengemukakan laporannya pada hari terakhir sesi persidangan, yang mana telah dilanjutkan sehari iaitu pada 16 Disember, Khamis depan.

Nazri dalam kenyataan turut menegaskan tindakan itu bagi menunjukkan kepada pihak pembangkang bahawa kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana pihak berkenaan isu tersebut.

"Kami ingin menunjukkan kepada mereka bahawa kita tidak takut untuk menunjukkan kekuatan ketika perlu. Pasti yang diputuskan oleh jawatankuasa itu merupakan keputusan yang terbaik dan sudah tentunya adil, " katanya.

Tambah Nazri, menurut pendapat peribadinya, Anwar seharusnya dihukum dengan sekurang-kurangnya penggantungan selama enam bulan bagi mengajar Ahli Permatang Pauh itu  bahawa mana-mana wakil rakyat yang dipilih tidak patut melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan.

"Jika anda gagal untuk membuktikan tuduhan anda, anda perlu membayar harga untuk itu, "katanya.

Pada 17 Mac lalu, Anwar mendakwa syarikat perunding imej, Apco Worldwide yang memperkenalkan konsep 1 Malaysia di bawah pentadbiran Najib mempunyai persamaan dengan 1 Israel, ketika  kempen bekas Perdana Menteri Israel Ehud Barak.

Syarikat perunding itu turut menerima bayaran lumayan sebanyak RM77 juta setahun daripada kerajaan Umno-Barisan Nasional bagi tujuan tersebut.

Sementara itu, desas-desus turut tersebar bahawa Ahli Parlimen Gelugor Karpal Singh dan Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa yang menganggotai jawatankuasa itu turut akan dihukum kerana mendedahkan maklumat tentang keputusan tersebut sebelum ianya dibentangkan di Parlimen.

Minggu lalu, kedua-dua ahli parlimen itu mengadakan sidang media kerana tidak bersetuju dengan keputusan jawatankuasa yang dipengerusikan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk tidak memberikan peluang kepada Anwar dipanggil memberikan keterangannya.

Ketika ditanya mengenai khabar angin itu, Nazri berkata beliau tidak pula diberitahu tentang hal tersebut.

0 Komen pengunjong :