Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tanpa Zaid Perjuangan Tetap Diteruskan- Mustaffa Kamil



SHAH ALAM 15 NOV : Calon Timbalan Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub berkata, perjuangan parti akan diteruskan walaupun tanpa bekas seterunya dalam  merebut jawatan nombor dua PKR, Datuk Zaid Ibrahim.
" Perjuangan Keadilan akan diteruskan," kata Mustaffa kepada TV Selangor.

Zaid hari ini secara rasmi melahirkan hasrat untuk meninggalkan PKR setelah mengumumkan berundur dari merebut kerusi yang turut ditandingi oleh Mustaffa dan Azmin Ali.

Beliau sebelum ini melepaskan semua jawatan dalam parti.

Menulis dalam blognya, Zaid berkata, beliau masih belum menyerahkan notis rasmi kepada parti.

Mustaffa juga turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Zaid meninggalkan PKR.

"Saya berasa sedih dengan tindakan Datuk Zaid Ibrahim keluar dari Keadilan," tambah Mustaffa lagi.


Sebelum ini, tindakan Zaid keluar PKR telah dijangkakan oleh kepimpinan parti itu malah tidak terkejut dengan pengumuman Zaid.

Spekulasi mengenai tindakan itu tersebar selepas Zaid mengundurkan diri dari bertanding jawatan timbalan presiden PKR.

Sementara itu, menurut Mustaffa beliau tidak pasti sama ada parti akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk menimbang atau menerima sahaja keputusan Zaid.

"Keputusan beliau(Zaid) itu sudah menjadi pendirian dan sikap beliau, jadi terpulang kepada biro politik parti atau presiden parti untuk menimbangkan apakah langkah untuk memujuk atau menerima sahaja," tambah Mustaffa. 

0 Komen pengunjong :