Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Politik Murahan Datuk Noh Omar





Datuk Noh Omar tidak harus mencari modal politik murahan dengan meletakkan pelbagai syarat sebelum  beliau mendedahkan bukti bahawa Yayasan Selangor membelanjakan lebih RM800,000 untuk sambutan ulangtahun ke 40.
Tuntutan maaf dari Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan seorang Exco sebagai syarat untuk beliau mengemukakan bukti adalah permainan politik dan bukan atas kepentingan rakyat.
Jika kepentingan rakyat yang diutamakan, maka sudah tentu Noh  selaku Timbalan Pengerusi Umno Selangor, memberi segala "bukti" yang ada, bukan sahaja kepada kerajaan negeri  tetapi juga kepada pihak berkuasa supaya tindakan susulan diambil.
Yang nyata ialah Sultan Selangor dan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bersetuju dengan  tindakan Yayasan Selangor membelanjakan wang sebegitu besar untuk sambutan ulangtahun.
Samada ada ia RM300,000 untuk majlis makan atau RM800,000 untuk keseluruhan sambutan adalah perkara kedua dan pasti akan terungkai dengan siasatan yang dijalankan.  
Perkara pokok adalah pembaziran berlaku dan kerajaan Selangor sudah pun mengambil tindakan dengan  mengarahkan juruaudit untuk menjalankan pemeriksaan rapi.
Kerajaan negeri juga telah mengarahkan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor untuk bercuti sebulan sementara siasatan terperinci dijalankan.
Semalam satu lagi tindakan susulan dijalankan - iaitu melarang semua anak syarikat negeri untuk menggunakan khidmat syarikat swasta bagi penganjuran majlis kecuali kalau benar-benar perlu.
Semua tindakan ini mencerminkan keseriusan sebuah kerajaan negeri yang mahu mengekang keborosan dan ketirisan, berani mengambil tindakan apabila diperlukan serta tidak menutup kebenaran.
Jauh berbeza dengan dakwaan penyelewengan wang dan salah guna kuasa membabitkan bekas menteri besar  Khir Toyo.
Umum tahu mengenai konsesi air lumayan yang diberikan kepada syarikat kroni. Syarikat berkenaan mahu menaikan harga air sebanyak 37 peratus yang akan membebankan seluruh rakyat Selangor.
Noh Omar juga berdiam diri apabila siasatan rasmi kerajaan mendapati Khir Toyo membawa rombongan dan seisi keluarga ke Disneyland di Paris dan Orlando Amerika Syarikat pada kos  RM1.7 juta ringgit.
Pendedahan-pendedahan ini hanya secebis dari salah urus kerajaan Umno-BN khususnya ketika zaman Khir Toyo memerintah.
Jika Noh Omar ikhlas mengutamakan kepentingan rakyat dan mahu membuat pendedahan mengenai salah laku, salah urus dan penyelewengan, beliau harus mengemukakan sahaja bukti yang ada, tanpa memilih bulu.
Noh Omar juga harus berani berterus terang mengenai masalah petani-petani yang terpaksa menanggung kerugian akibat penarikan balik subsidi baja  dan pemberian racun serangga yang tidak berkualiti .
 Itu hanya secebis daripada keperitan petani  yang terpaksa bernaung di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang di pimpin oleh Noh sendiri. 
Tidak ada keperluan untuk beliau atau sesiapa menghantar konco-konco memukul mana-mana  ADUN yang cuba menyelesaikan masalah petani terbabit di Barat Laut Selangor khususnya  di Tanjong Karang, walaupun Noh  adalah  Ahli Parlimen kawasan itu.

0 Komen pengunjong :