Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Media Kerajaan Taksub Cari Kelemahan Pakatan Rakyat


KUALA LUMPUR, 24 NOV - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketaksuban Barisan Nasional(BN) untuk mencari kelemahan Pakatan Rakyat bukanlah sesuatu perkara yang baru.

Menurutnya, Pakatan Rakyat sudah lali dengan tindak tanduk BN yang mempergunakan pelbagai cara termasuk media massa dan menggunakan badan-badan kerajaan dalam usaha mereka untuk melemahkan gabungan mantap parti PKR, PAS dan DAP.

Anwar, mengulas laporan bahawa BN mahu mengambil kesempatan dari kekecohan yang dikatakan berlaku ketika proses pemilihan pimpinan parti itu dalam persediaan menghadapi pilihanraya umum ke13 akan datang.

"Apa yang kurangnya dengan sebelum pilihanraya 2008... yang dia (BN) kutuk PAS, DAP dan PKR dan saya tidak fikir rakyat akan mudah diperbodohkan. Mereka menggunakan media untuk mempengaruhi rakyat, terutama masyarakat Melayu yang disekat sama sekali ruang untuk berfikir melalui media bahasa Melayu ," katanya lagi.

Beliau yang sebelum itu, mempengerusikan mesyuarat jadual berskala Pakatan Rakyat di Parlimen petang tadi berkata  tiada apa yang pelik dengan tindakan BN seperti yang dilaporkan kerana ia adalah amalan biasa gabungan berkenaan pada setiap kali pilihanraya bakal diadakan.

Menurutnya, BN akan menggunakan semua isu yang difikirnya boleh menjatuhkan Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menyanggah dakwaan bahawa bilangan ahli parti yang mengundi bagi pemilihan jawatan baru-baru ini mencerminkan bahawa PKR tidak memiliki 400 ribu ahli seperti yang nyatakan.

Menurutnya, jumlah ahli parti yang terbabit dalam pengundian terus semasa pengundian peringkat cabang dan pimpinan jelas lebih baik dari parti komponen BN sendiri seperti MCA, MIC dan Umno.

"Semasa pilihan peringkat cabang lebih 70,000 ahli parti telah mengundi dan 30,000 lagi ketika pengundian peringkat pimpinan dan jelas sekali angka ini lebih baik dari parti Umno, mahupun MCA atau MIC," katanya lagi.

Beliau turut menyifatkan pemilihan melalui pengundian terus ahli-ahli PKR menunjukkan trend yang sihat dalam mendukung aspirasi sebuah parti berdemokrasi.

Terdahulu, beberapa pihak termasuk beberapa bekas pemimpin parti itu sendiri dilaporkan cuba memperlekehkan kewibawaan PKR dengan mempersoalkan kesahihan parti berkenaan mempunyai sehingga 400,000 anggota.

Mereka mendakwa kononnya sehingga kini dakwaan itu gagal dibuktikan sama ada menerusi rekod bertulis mahupun pemilihan Majlis Pimpinan Pusat yang berakhir Ahad lalu yang menyaksikan hanya 10 peratus daripada jumlah yang dikatakan ahli parti keluar mengundi.

0 Komen pengunjong :