Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kontraktor Melayu Di Pulau Pinang Di Utamakan

galas-skGALAS 4 Nov - Dakwaan kaum Melayu ditindas di Pulau Pinang tidak berasas kerana kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak mengamalkan dasar pilih kaum di negeri itu walaupun majoriti penduduk terdiri daripada golongan Cina.

Menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng sejak Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri, penindasan kaum Melayu dalam projek  pembangunan seperti yang didakwa Umno tidak berasas.

Ini dibuktikan apabila 70 peratus kontraktor Melayu kelas D ke atas yang berkelayakan dianugerahkan projek pembangunan sejak dua tahun lalu.

Bukti ini sekaligus menyangkal dakwaan Umno-Barisan Nasional yang mendakwa tenaga pakar Melayu ditindas di Pulau Pinang.

"Bila kita buat tender terbuka Umno pun cakap tentu habis kontraktor Melayu tidak boleh dapat. Tidak mengapa kita cuba, sampai sekarang sudah dua tahun tender terbuka. Kita buat secara berdaya saing untuk semua. Bila kontrak diberikan, 70 peratus adalah kontraktor Melayu," tegas beliau dihadapan kira-kira 1,500 penyokong Pakatan Rakyat di Kampung Baru, Gua Musang semalam.

Justeru itu kata Guan Eng, kerajaan Pakatan Rakyat menolak sebarang unsur amalan kronisme seraya mengambil pendekatan melaksanakan dasar tender terbuka menerusi E-Perolehan menerusi laman web kerajaan negeri.

Gua Eng yang sering menjadi sasaran media pro Umno-BN tidak pernah tunduk kepada sebarang ancaman namun terus menunjukkan peningkatan kualiti pentadbiran ekonomi negeri itu.

Melalui perbelanjaan berhemah, kerajaan Pulau Pinang diberi pengiktirafan dalam urus tadbir ekonomi negeri seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara baru-baru ini.

Guan Eng yang tiba di Galas bersama pemimpin DAP sempat bertemu dengan masyarakat tempatan bagi memberi sokongan moral kepada calon Pakatan Rakyat, Dr Zulkefli Mohamed pada pilihan raya kecil hari ini.

Dijangkakan hampir 10,000 orang akan keluar mengundi di 13 pusat mengundi sekitar Galas bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

0 Komen pengunjong :