KUALA LUMPUR 3 NOV : Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman digesa untuk menunaikan janji beliau apabila mengeluarkan jaminan kes konspirasi ke II Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung akan dijalankan secara adil dan saksama.
Ahli Parlimen Indra Mahkota, Azan Ismail ketika mengulas kenyataan Anifah berkata, sekiranya kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Anifah gagal melunaskan janji yang dinyatakan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, beliau akan mencalarkan lagi imej Malaysia di mata dunia.
"Sekarang kita sekali lagi akan melihat adakah kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Menteri Luar akan menyatakan atau akan melaksanakan janji melalui persetujuan yang dizahirkan secara terbuka itu ataupun selepas ini keadaan akan menjadi seperti sedia kala, jawapan politik, sekiranya itu berlaku Menteri Luar pada kali ini dilihat sanggup memperjudikan nasib seluruh rakyat Malaysia," ujar Azan kepada TV Selangor.
Hillary yang datang ke Malaysia atas lawatan rasmi mewakili negara Amerika Syarikat memberi amaran keras kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kuasa besar itu sedang memerhatikan bagaimana proses keadilan diaplikasikan kepada dalam kes Anwar yang dilihat bakal memberikan impak besar kepada negara.
Lebih dari itu ujar Azan, Malaysia akan kehilangan kredibiliti sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.
"Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Barisan Nasional akan dilihat sebagai pentadbiran yang tidak mempunyai kredibiliti yang sepatutnya ada pada satu kerajaan kerana berani dan masih berupaya membohongi atau memberikan jaminan yang tidak ada asas dan tidak dilaksanakan," tambah Azan.
Menurut Azan, peringatan keras dari negara pimpinan Barack Obama itu berjaya dikesan oleh Pakatan Rakyat melihatkan kepada jawapan Anifah kepada Hillary di samping kehadirannya ke Malaysia kali ini, tidak menyentuh hal-hal berkaitan dasar seperti negara lain yang dikawatinya.
"Kita dapat tahu akan terjemahan pertemuan itu apabila Datuk Anifah Aman telah memintas keadaan itu bahawa beliau memberi jaminan dan itu adalah benar pengakuan yang diberi sebagai menjawab teguran keras atau peringatan keras yang diberikan oleh Hillary Clinton," katanya lagi.
Beliau bagaimanapun berkeyakinan, jawapan yang diberikan oleh Anifah itu merupakan jawapan yang telah di'wajib'kan ke atas beliau.
"Saya secara peribadi setuju bahawa apa yang cuba digambarkan oleh Datuk Anifah Aman itu adalah jawapan yang diwajibkan oleh beliau untuk digambarkan seolah-olah itu pendirian kerajaan Malaysia," ujarnya lagi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail pula berpandangan kenyataan Anifah itu tidak lain tidak bukan, hanya untuk mencerminkan kepada negara luar bahawa Malaysia memberi perhatian yang serius dalam kes melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya berpendapat kenyataan Menteri Luar itu tidak memberikan signifikan sama sekali. Ini lebih kepada kenyataan 'PR' untuk memberitahu dunia bahawa Malaysia dalam usaha menguruskan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya mengikuti sepenuhnya tuntutan lunas undang-undang.
"Saya pesimis dan tidak yakin sama sekali bahawa segala proses yang dilalui oleh Datuk Seri Anwar itu akan dilakukan akan mengikut prinsip keadilan undang-undang," kata Saifuddin lagi.
Namun ujar Saifuddin, walaupun cuba menggambarkan bahawa Malaysia begitu prihatin terhadap kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun negara luar katanya lebih lama memerhatikan kes ini dan tidak mudah tertipu dengan jawapan 'PR' yang diberikan oleh Anifah.
Beberapa negara sebelum ini telah menyatakan bantahan terhadap pertuduhan ke atas Anwar antaranya Australia dan yang terbaru Amerika Syarikat.
Badan Hak Asasai Manusia menggesa juga turut Malaysia menggugurkan dakwaan ke atas Anwar dan membidas kes itu sebagai "charade of justice," atau 'keadilan kepura-puraan'.

0 Komen pengunjong :