Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kerugian Sime Darby: PAC "cuci tangan"

azmi khalid sime darby_250_220

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) "menyuci tangannya" dari kemelut kerugian RM2.1 bilion Sime Darby kerana ia menganggap pelaburan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu sebagai urusan sektor swasta.
Kenyataan yang memeranjatkan ini berikutan janji PAC sebelum ini yang mahu menyiasat kerugian besar yang dialami Sime Darby.

"Sime Darby ialah anak syarikat PNB (Permodalan Nasional Berhad) dan pemegang saham utamanya ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
"Kedua-duanya tidak boleh diklasifikasikan sebagai badan kerajaan kerana sumber kewangannya datang dari pelabur individu, kata Pengerusi PAC Azmi Khalid.
"Dana KWSP datang dari para pemegang saham manakala dana PNB datang dari para pelabur swasta.
"Oleh itu, PAC tidak layak menyiasat kerugian besar yang ditanggung Sime Darby," katanya, menambah PAC mencapai keputusan ini pada mesyuaratnya pada 27 Oktober lalu.
Keputusan ini mengejutkan, terutama selepas PAC pada Jun lalu berkata pihaknya akan menyiasat para pegawai Sime Darby, menyebutnya sebagai kepentingan awam.
Sime Darby menanggung kerugian sehingga RM2.1 bilion, dari unit tenaga dan utilitinya tahun ini.  Sime Darby berkata pihaknya akan menyaman di mahkamah untuk menuntut kerugian ini.
Bagaimanapun, syarikat gergasi perladangan dunia itu tidak menyebut siapakah yang akan disaman. Sime Darby juga sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

Skandal Tuna
Dalam perkembangan lain, PAC mempertikai kedua-dua Kementerian Pengajian Tinggi dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) mengenai penyelewengan yang disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.
Azmi berkata, PAC telah bercakap dengan para pegawai kementerian berkenaan mengenai Program Makanan Tambahan dan akan menemu bual pihak pengurusan Pelabuhan Tuna Antarabangsa Malaysia (MITP) minggu depan tentang kerugian RM60 juta.
Walaupun Azmi, yang juga Ahli Parlimen Padang Besar, berjanji akan menyediakan laporan MITP namun beliau berdiam diri tentang hasil siasatan dengan menyatakan laporan itu belum siap.

0 Komen pengunjong :