Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kenyataan Zahid Bukan Melayu 'kurang patriotisme', Cerminkan Watak Sebenar Pemimpin Umno-BN

Armi
KUALA LUMPUR 13 Nov - Ahli Parlimen Shah Alam  Khalid Samad menyifatkan kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi yang mendakwa orang bukan Melayu kurang menyertai bidang ketenteraan disebabkan 'kurang patriotisme' sebagai mencerminkan pemikiran pemimpin Umno yang masih dibelenggu dengan perasaan perkauman.

Menurut beliau, kenyataan itu berasaskan kepada corak pemikiran yang masih kuat tersemat di kalangan pemimpin Umno bahawa orang bukan Melayu ini adalah orang asing dan lebih setia kepada negara asal mereka.

"Zahid sepatutnya memikirkan cara untuk menaik taraf bidang ketenteraan bagi menarik minat rakyat untuk menyertainya.

"Kementerian juga harus merangka satu pelan jangka panjang kepada mereka yang menyertai bidang ketenteraan sebelum menuduh orang bukan Melayu kurang menyertai bidang ini kerana kurang semangat patriotik.

"Soal mereka tidak mahu menyertai ketenteraan,ini persoalan pilihan kerjaya. Mereka tak nampak kerjaya ini boleh membawa kepada satu arah yang lebih maju," ujar beliau.

Menurutnya lagi, jikalau perkhidmatan dalam tentera itu boleh dirangka dengan satu corak sehingga seseorang itu bersara dari angkatan tentera pada usia 40 tahun, mereka sudah tentulah mempunyai kerjaya yang jelas sebagai jurutera,pegawai pentadbir,pegawai logistik dan sebagainya kerana mereka mendapat latihan yang profesional dalam bidang tertentu.

"Ini boleh menarik orang bukan Melayu menyertai bidang ini kerana pilihan kerjaya ini bagus.

"Ini yang sepatutnya difikirkan oleh Menteri Pertahanan. Jangan fikir bila masuk tentera,bila dah pencen jadi pemandu teksi atau pun cukup dengan pencen yang diperoleh," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat Kulasegaran Murugeson berkata beliau akan membentangkan satu usul di Dewan Rakyat bagi mencadangkan gaji Menteri Pertahanan dipotong RM10.

Tegasnya,usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) itu bagi membantah dakwaan Zahid yang disifatkan telah menyinggung perasaan orang bukan Melayu.

"Zahid tidak boleh melarikan diri dengan menafikan bahawa beliau mengeluarkan kenyataan menyinggung perasaan orang bukan Melayu," katanya.

0 Komen pengunjong :