Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kemelut PKR: Shamsul cabar Zaid berdebat

JOHOR BARU, 12 Nov — Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyelar bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim kerana menggunakan media untuk menyerang kepimpinan parti itu. Berikutan itu, beliau mencabar Zaid untuk berdebat secara terbuka mengenai kepimpinan Keadilan dengannya.
“Tetapkan tempat dan tarikh, pilih mana-mana medium yang dia suka, saya bersama pimpinan Angkatan Muda akan hadir bagi menceritakan perkara sebenar kepada beliau.
“Tiada guna jika perkara ini dihebahkan kepada media,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan tertutup bersama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini semalam.
Beliau menyifatkan tindakan Zaid itu mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan kepimpinan PKR yang sedia ada.
Pada Isnin lepas Zaid mengumumkan keputusannya untuk menarik diri daripada pemilihan parti dan juga melepaskan semua jawatan dalam PKR dengan alasan “terdapat penipuan dalam pemilihan”.
Beliau kemudian meminta Anwar berundur dari parti itu.
Zaid berkata menjadi tanggungjawab kepimpinan parti untuk menyiasat laporan mengenai dakwaan penyelewengan dalam pemilihan dan bukan dirinya yang harus membuktikan kepada Anwar mengenai penyelewengan itu.
Mengenai gesaan Zaid agar Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Anwar keluar PKR untuk menyelamatkan parti itu, Azmin berkata keputusan itu terletak pada tangan semua anggota parti dan bukannya mana-mana individu.
Sementara itu, Anwar memuji prestasi pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng sehingga kini.
Menurutnya, Chua berjaya membuktikan kepimpinannya dengan menarik 23 daripada 24 cabang PKR Johor ke majlis perjumpaan tersebut.
Ketika ditanya, Chua berkata wakil cabang Sri Gading tidak hadir ke perjumpaan itu walaupun notis telah diberikan.
Katanya, beliau tidak tahu mengapa wakil cabang itu tidak hadir, namun akan meminta penjelasan dari mereka kemudian.
Kelmarin, lima ahli dari cabang Sembrong bertindak meletak jawatan dalam parti kerana dikatakan tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Chua dan pemilihan parti.
Mereka adalah Ketua Cabang, Saiman Marjuki; Naib Ketua, Abdul Aziz Abdul Kadir; Ketua Wanita, Noraini Abdul Kadir; dan dua ahli jawatankuasa.

— Bernama


*print this page Print halaman ini

0 Komen pengunjong :