Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Ganeson dicabar Dun bersidang tanpa provokasi

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim mencabar Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, R. Ganesan memastikan sidang pada 30 November ini berjalan dengan lancar tanpa provokasi daripada Adun Barisan Nasional. Khalil selaku Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat negeri berkata, sebelum ini Ganesan gagal menunaikan janjinya memastikan sidang berjalan lancar apabila banyak perkara yang bertentangan dengan peraturan dewan dilakukan Adun BN. "Kalau berani saya cabar Ganesan pastikan sidang berjalan tanpa ada gangguan."Bukankah sebelum BN kalah dalam pilihan raya umum ke-12 di Perak dia mampu kendalikan sidang tanpa gangguan polis. Kenapa selepas kalah polis begitu ramai?
"Seperti sidang sebelum ini Ganesan juga menjanjikan perkara yang sama tetapi tidak ditunaikan, dan tidak selayaknya seorang speaker berbohong," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.
Khalil turut menuntut Ganesan menjelaskan mengenai kepincangan sidang Dun sebelum ini, yang disifatkan sebagai tidak mengikut amalan demokrasi.
"Saya tuntut Ganesan untuk menyatakan sikapnya kepada kepincangan sidang Dun sebelum ini dan adakah perkara tersebut akan berulang lagi.
"Sebetulnya banyak lagi kepincangan dalam setiap kali sidang sejak BN rampas kuasa pada 6 Feb 2009," katanya.
Ia termasuk pembesar suara Adun Pakatan tidak berfungsi, pemerhati luar dihalang untuk hadir sidang, hanya media pro BN yang dibenarkan membuat liputan dan tidak kurang dari 300 orang polis berpakaian seragam berkawal di luar dan dalam dewan.
Tambah Khalil, meskipun BN namun mereka tetap menyalahkan Pakatan dan memburuk-burukkanya melalui media.
"Yang memalukan Adun PR yang yang sering dipersalahkan sedangkan semuanya berpunca dari BN.
"Saya rasa sekali lagi hasrat kami untuk bersidang dan berbahas dengan baik tanpa ganguan masih tidak terjamin," katanya lagi.
Ganesan seperti dilaporkan sebuah akhbar semalam, meminta wakil rakyat supaya mengelak daripada menimbulkan kekecohan semasa Sidang Dun Penggal Ketiga yang akan bermula 30 November ini.
Beliau dilaporkan sebagai berkata, tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap wakil rakyat yang menimbul kekecohan berdasarkan Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak.
Katanya, sebanyak 59 notis telah dihantar kepada kesemua Adun pada 28 Oktober lalu untuk menghadiri sidang kali ini.

0 Komen pengunjong :