Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Fitnah Di Galas: Lim Kit Siang Fail Saman NSTP





KUALA LUMPUR 8 NOV: Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini menfailkan saman fitnah terhadap The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd(NSTP) kerana menyiarkan artikel berunsur fitnah semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di akhbar Berita Harian, pada 2 Nov lepas.
Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, melalui Tetuan Karpal Singh & Co, di sini, petang ini. Dalam pernyataan tuntutannya, Lim mendakwa NSTP telah secara salah dan berniat jahat menyebabkan artikel bertajuk "Tindakan Kit Siang tuduh Umno kafir melampau" yang mengandungi perkataan-perkataan fitnah dicetak dan disiarkan di akhbar Berita Harian.
Lim berkata artikel itu antara lain bermaksud beliau telah berucap di satu ceramah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, di Kelantan, di mana beliau telah menuduh orang Melayu Umno kafir dan beliau adalah seorang ahli politik yang berniat jahat untuk mewujudkan perasaan saling benci-membenci di kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Lim mendakwa penyiaran perkataan-perkataan fitnah itu, telah merendahkan kedudukan beliau sebagai seorang ahli politik serta penghinaan awam, dan sehubungan itu beliau menuntut ganti rugi teruk, teladan, faedah dan kos.
Lim mendakwa defendan (NSTP) langsung tidak memohon maaf kepadanya walaupun mereka sememangnya mengetahui keadaan sebenar, malahan ralat yang disiarkan oleh NSTP pada akhbarnya keesokan hari, adalah tidak ikhlas dan menjadikan kesan lebih teruk kepada plaintif.
-Bernama

0 Komen pengunjong :