Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Demonstrasi Hindraf Di Depan Rumah Anwar Didalangi Umno-BN

ZK3
KUALA LUMPUR 13 Nov - Tindakan sekumpulan penyokong Hindraf cuba memburuk-burukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan berdemonstrasi di perkarangan rumah beliau Rabu lalu berkemungkinan didalangi pihak tertentu bagi menconteng imej kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dalam komennya berkata tindakan itu merupakan satu tindakan yang tidak logik kerana negara ini bukan diperintah oleh empat negeri Pakatan Rakyat.

"Kalau hendak buat demonstrasi, kenalah konsisten di seluruh negara mengajukan permintaan itu kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional bukan kepada Pakatan Rakyat sahaja.

"Tindakan ini, seolah-olah ada satu komplot untuk memburukkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dengan penyokong di kalangan masyrakat India. Mesti ada dalang di belakangnya untuk membangkitkan isu ini di negeri-negeri Pakatan Rakyat," kata Zuraida.

Katanya, cara tersebut adalah cara tidak munasabah dan pihak berkenaan harus berfikiran waras kerana negara ini mempunyai undang-undang.

"Tindakan mengadakan demonstrasi di rumah Anwar merupakan satu tindakan yang tidak wajar.

"Hindraf kena matang dan tidak mengangkat isu perkauman dan agama terlampau sangat," ujar beliau.

Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdulllah Sani Abdul Hamid  pula membidas tindakan Hindraf yang kini dilihat menjadi pencacai kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Yang jelas, inilah permainan yang hendak dibuat untuk menyerang kepimpinani Anwar daripada semua sudut.

"Ini merupakan satu propaganda yang cukup tidak lunak, lemah, malap dan tidak bermaya," kata Abdullah Sani.

Tindakan itu katanya tidak memberikan kejutan kerana beliau percaya ianya persiapan Umno untuk melemahkan Anwar.

"Ini menunjukkan mereka sudah ketandusan cara untuk menyerang kepimpinan Anwar yang berwibawa," ujarnya.

0 Komen pengunjong :