Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Azhar digantung enam bulan hadiri sidang DUN Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 1 Nov – Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim digantung selama enam bulan berkuat kuasa 17 Ogos lepas hingga Februari tahun depan daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana didakwa mengeluarkan kata-kata kesat dan berbaur hasutan pada persidangan DUN 16 Mei lepas.
Keputusan itu diluluskan oleh Yang Dipertua DUN Datuk Abdul Halim Hussain pada persidangan hari ini setelah usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng (Air Putih-DAP) disokong oleh anggota dewan undangan negeri (Adun) dari pakatan pembangkang.
Bagaimanapun segala saraan dan elaun beliau sebagai Adun Penaga dikekalkan.
Terdahulu pada perbahasan yang diadakan selepas pembentangan usul itu, Azhar, dari Barisan Nasional, bertegas dengan pendiriannya tidak mahu memohon maaf disebabkan beberapa perkara iaitu tiada dakwaan khusus untuk mengenakan hukuman terhadap dirinya.
“Selain itu usul yang dirujuk juga cacat dan bercanggah dengan peraturan 37 kerana usul itu tidak pernah dibahaskan sebaliknya speaker ketika itu terus mengambil keputusan mengemukakan masalah itu dan satu undi telah diambil,” katanya.
Katanya faktor lain, ialah setiap perkataan kesat yang dirujuk telah ditarik balik dan diterima oleh dewan tanpa sebarang reaksi.
Azhar sebelum itu telah dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan oleh Abdul Halim dan telah bermesyuarat sebanyak tiga kali, beliau juga telah memberi penjelasan berhubung perkataan yang disebut pada persidangan 6 Mei lepas.
Pada mesyuarat yang diadakan itu juga Azhar telah diminta untuk mengemukakan permohonan maaf tetapi beliau enggan berbuat demikian.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau berkata ia merupakan cara pakatan pembangkang untuk menghalangnya mengikuti persidangan DUN dan perbahasan Bajet kali ini.
“Saya adalah ketua pembangkang yang paling vokal dan selalu mengkritik pemerintahan mereka, ini juga yang pertama berlaku dalam sejarah Pulau Pinang. Selepas ini Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (Telok Bahang-BN) akan menggantikan tempat saya,” kata beliau dipetik Bernama.
Beliau yang mengakui ‘‘sakit hati’’ dengan keputusan yang diluluskan itu menyifatkan corak pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini lebih bersifat ‘‘ala Guan Eng’’.
Ditanya mengapa beliau tetap enggan memohon maaf walaupun berkali-kali diminta berbuat begitu beliau berkata:
“Untuk apa saya minta maaf, saya tidak bersalah, saya teraniaya, ini cara mereka untuk tutup mulut saya,” katanya.

0 Komen pengunjong :