Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar: Pemimpin Rakyat Tidak Gadai Maruah





SIMPANG RENGGAM 12 NOV: Pemimpin berjiwa rakyat seharusnya mempunyai maruah dan harga diri, ujar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tambahnya pemimpin juga bukan menggadaikannya begitu sahaja apabila ditawarkan  imbuhan oleh pihak tertentu.

Beliau berucap di dalam satu perjumpaan bersama rakyat di Restoran 88, Simpang Renggam semalam, Anwar berkata dakwaan Umno bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah, perlembagaan akan dipinda adalah tidak berasas sama sekali.

"Mereka berkata, Kita tidak akan benarkan orang-orang tertentu, Anwar Ibrahimlah siapa lagi (berjenaka), nak rebut Putrajaya, pinda Perlembagaan. Siapa yang kata nak pinda Perlembagaan?

"Saudara tahu tak, Perlembagaan dalam PR dipertahankan! Siapa sain? Tuan Guru Ustaz Awang Hadi sain," tegas beliau kepada kira-kira seribu hadirin yang membanjiri pekarangan restoran tersebut.

Kata beliau, tidak logik sama sekali jika mengatakan Ustaz Awang Hadi sanggup menggadaikan prinsip perjuangan agama dan bangsa semata-mata untuk kepentingan diri.

"Lim it Siang, bertarung berpuluh-puluh tahun, saya kat UM dah tahu dah siapa dia. Kita gaduh dengan dia, kita tak setuju dengan dia dalam beberapa perkara, kita bagi dia tengok. Satu, dia boleh pertahan, dia berani dia takkan gadai, itu prinsip dia. Kalau dia boleh dikompromi, boleh dibeli dah lama dah!" kata beliau lagi.

Anwar seterusnya menjelaskan bahawa beliau bersama Ustaz Awang Hadi serta Lim Kit siang telahpun  menandatangani perjanjian bahawa perlembagaan akan terus dipertahankan, bersama-sama dengan bahasa Melayu,  agama Islam dan hak keistimewaan raja-raja.

"Cuma kita kena faham, kita kena pertahankan bahasa Melayu, bahasa rasmi dan saya tidak akan bertolak ansur. Sekiranya kita mengambil alih Putrajaya, saya beri jaminan kedudukann bahasa Melayu lebih tinggi dimartabatkan  penguasaan akan jauh lebiih baik daripada apa yang dijalankan oleh Umno sekarang ini. Saya janji!," tegas beliau lagi.

*print this page Print halaman ini

0 Komen pengunjong :