Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Akta Pertubuhan 1966 Halang Mahkamah Bicara Masalah Dalaman Parti



KUALA LUMPUR  20 NOV  : Akta Pertubuhan 1966 yang menghalang mahkamah dari membicarakan masalah dalaman parti akan menyukarkan bekas timbalan setiausaha agung PKR P Jenapala memohon perisytiharan bahawa pemilihan parti adalah tidak sah, kata Ketua Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Cheah. 
"Saya rasa dia (Jenapala) akan melalui jalan yang sukar sebab tatacara (Akta Pertubuhan) tidak membenarkan mahkamah campur tangan masalah dalaman mana-mana parti," ujar Dr Cheah dipetik portal The Malaysian Insider.
Disebabkan itu, Dr Cheah turut mempertikai tindakan Jenapala menamakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sebagai defendan.
"Dia perlu melakukan sesuatu yang lain, tidak boleh menjangkaui bidang kuasa JPP," ujar beliau sambil memberitahu bahawa Jenapala bukan lagi anggota PKR.
Penjelasan Dr Cheah itu merujuk pada Seksyen 18(C) Akta Pertubuhan 1966.
Seksyen tersebut "melarang mahkamah untuk mendengar, meneliti, mengkaji dan sebagainya apa jua keputusan atau perkara dalaman parti politik."
"Jenapala sepatutnya melakukan sesuatu yang lain kerana dia memang tidak boleh melakukan apa-apa yang menjadi bidang kuasa JPP," ujarnya.
Tambah Dr Cheah lagi, Jenapala sepatutnya terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat guaman sebelum mengambil tindakan itu.
Peruntukan itu dibawa selepas keputusan mahkamah pada 1988 mengisytiharkan Umno sebagai parti "haram".
Permohonan Jenapala agar mahkamah mengisytiharkan pemilihan bagi jawatan timbalan presiden parti itu tidak sah, akan didengar Isnin ini.
Kes itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas di sini Datuk Aziah Ali.
Beliau dalam afidavitnya itu menyatakan mahkamah sepatutnya membenarkan injunksi interlokutori untuk memastikan tiga defendan iaitu Dr Wan Azizah, Syed Husin dan Saifuddin tidak meneruskan pemilihan dan perisytiharan.
Jenapala selaku plaintif berkata, ketiga-tiga defendan itu tidak prihatin kerana didakwa gagal memberi respon terhadap suratnya bertarikh 27 September lalu.
Dalam saman pemulanya yang difailkan semalam, Jenapala berkata kenyataan media oleh Saifuddin pada 20 September lepas bahawa beliau telah dibuang daripada PKR adalah tidak berasas kerana keahliannya telah disahkan di ibu pejabat parti itu pada 17 September.
Jenapala mendakwa tidak pernah dimaklumkan oleh parti itu berhubung pengguguran keahliannya mahupun apa jua tindakan disiplin yang dikenakan terhadapnya.

0 Komen pengunjong :