Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Zaid mahu dakwaan Rahimi disiasat

zaidbm PETALING JAYA: Ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim mahu siasatan dilakukan pihak berkuasa berhubung dakwaan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman yang dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah.
"Dakwaan Rahimi perlu disiasat. Ia boleh jadi benar atau tidak. Maka siasatan menyeluruh daripada pihak berkuasa perlu," katanya memberi reaksi kepada sidang akhbar dibuat Rahimi semalam.

Zaid yang juga pengamal undang-undang, berkata kes dakwaan Rahimi dengan kes penyiasat persendirian P Balasubramaniam adalah sama.
P Balasubramaniam mengubah akuan bersumpahnya pada 2008 lalu, sebelum melarikan diri ke luar negara.
"Kes Rahimi sama seperti PI Bala. Jika anda perlu menyiasat dakwaan Bala maka ia perlu dilakukan ke atas Rahimi juga.
"Tidak boleh ada double standard untuk Bala dan Rahimi," katanya yang juga ahli MAJLIS pimpinan PUSAT PKR.
Rahimi semalam melalui sidang medianya berkata beliau dipaksa menandatangani akaun bersumpah yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

0 Komen pengunjong :