Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Yong Teck Lee calon SAPP di Batu Sapi

Parti Maju Sabah (SAPP) akan meletakkan presidennya, Datuk Yong Teck Lee sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi 4 November ini.
Yong membuat pengumuman itu di Kota Kinabalu pagi ini.

Beliau berkata, partinya tetap dengan keputusannya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.
Ini merupakan penyertaan pertama Yong dalam pilihan raya selepas pembatalan kelayakannya untuk bertanding dalam pilihan raya 2001. Ia ditarik balik pada 2006.

Pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi dijangka bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara dua parti pembangkang - SAPP dan PKR - serta PBS yang mewakili BN.
PKR dan BN dijangka mengumumkan calon masing-masing esok.
Sebelum ini rundingan antara PKR dan SAPP Khamis lalu gagal mencapai kata sepakat untuk memboleh hanya seorang calon pembangkang bertanding menentang BN di Batu Sapi.
PKR mungkin memilih seorang calon Muslim untuk bertanding di situ bagi menarik sokongan pengundi yang kebiasannya menyokong calon BN. Penamaan calon akan diadakan Selasa ini.

0 Komen pengunjong :