Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Rakyat Selangor Diutamakan : Tan Sri Khalid Ibrahim

SHAH ALAM 17 OKT : Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau komited untuk menjadikan pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor sebagai model kepada kerajaan persekutuan kelak.
"Memandangkan pilihan raya umum yang akan datang, tugas pertama saya adalah untuk menjadikan kerajaan Pakatan Rakyat sebagai contoh kerajaan dinamik, berprinsip dan berpaksikan kebajikan rakyat di peringkat negeri mahupun di peringkat Perseketuan."
 "Dengan membina keyakinan ini dalam minda rakyat, kita akan lebih dekat kepada hasrat kita untuk menyebarkan semangat Reformasi sehingga ke Putrajaya." 
 Tan Sri Khalid berkata demikian dalam satu kenyataan medianya hari ini. 
Tan Sri Khalid juga menyatakan komitmennya akan memastikan Selangor sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat dan memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian. 
"Tugas saya juga adalah untuk memastikan bahawa Selangor dikekalkan sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat. Dengan komitmen berterusan kami kepada kebajikan rakyat melalui agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor" 
 " Kami berkeyakinan untuk mensasarkan kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya akan datang, mengekalkan kerusi-kerusi parlimen dan memenangi lima lagi kerusi BN sebagai sumbangan terhadap membentuk kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum." Ujar Tan Sri Khalid lagi. 
"Satu lagi faktor terhadap keputusan saya adalah fokus besar terhadap Lembah Klang dalam belanjawan yang baru diumumkan. Projek “Greater Kuala Lumpur” melibatkan projek berbilion-bilion ringgit, dan kerajaan Selangor mesti memainkan peranan yang besar dalam memastikan projek-projek ini dikendalikan dengan cekap dan telus." 
 Justeru,Kerajaan Selangor akan memantau dan meneliti semua projek ini. Khususnya proses tender terutamanya dalam pembinaan infrastruktur pengangkutan awam untuk memastikan kontrak-kontrak yang dianugerahkan tidak hanya memanfaatkan syarikat kroni dan merugikan rakyat.

Cetak Halaman Ini

0 Komen pengunjong :