Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Protes terhadap Rosmah di adakan di beberapa negeri



IFF_thumb1KUALA LUMPUR: Protes PAS terhadap isteri Perdana Menteri Najib Tun Razak, Rosmah Mansor berlaku di beberapa negeri, kecuali Kuala Lumpur, di mana ia dibatalkan pada saat-saat akhir.
Pagi tadi, satu kenyataan daripada Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Fadhil Osman memberi gambaran seolah-olah perhimpunan yang dirancang di seluruh negara itu, dibatalkan.
Bagaimanapun, perhimpunan berlaku selepas solat Jumaat di Seremban, Melaka, Terengganu, Pulau Pinang dan Pahang.  Perhimpunan di sini sepatutnya di adakan di luar perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru.
Fadhil berkata PAS akan menggunakan "pendekatan lain" untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Rosmah.
Menurut beliau, satu mesyuarat akan diadakan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan satu memorandum akan disampaikan kepada Yang DiPertuan Agong dalam masa terdekat.
Rosmah, yang mengisytihar dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia, dikritik hebat kerana mempromosi Festival Fesyen Busana Muslim (IFF), yang didakwa oleh kumpulan Islam sebagai menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Festival ini juga menerima kritikan daripada para pengguna laman jaringan sosial Facebook, di mana gambar seorang model memperagakan pakaian yang tertera nama "(Nabi) Muhammad" secara terbalik dalam bahasa Arab merentangi dada dan disebarkan secara meluas.

Tindakan harus diambil
Sebagai respon terhadap perkembangan terbaru ini, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan Tantawi memberitahu FMT, melalui SMS, protes itu terpaksa dibatalkan kerana "tidak ramai yang sedar tentang isu ini."
"Kecuali mereka yang mempunyai akses kepada internet.  Jadi kami ingin menukar pendekatan dengan menghantar memorandum kepada pihak berkuasa," katanya.
Ini perlu, kata Nasruddin, supaya mereka dapat mengambil tindakan terhadap pertunjukan IFF itu, yang dijadual di adakan di Kuala Lumpur bulan depan.
Menurut beliau, menghantar memorandum lebih "berkesan", seperti ketika memprotes terhadap iklan kontroversi Hari Raya Aidilfitri oleh TV3 bulan lalu.
PAS menjadi parti politik pertama menghantar memorandum kepada stesyen televisyen tersebut berhubung iklan itu, yang didakwa "menghina" orang-orang Islam.  Iklan itu akhirnya ditarik balik berikutan tekanan kuat daripada orang ramai.
"Nampaknya menghantar memorandum lebih berkesan (dari menjajanya di jalanan), jadi…..pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadap pertunjukan itu," katanya.

0 Komen pengunjong :