Bekas pemimpin PKR yang berpaling tadah dan juga ahli parlimen Bebas, Wee Choo Keong dikenal-pasti sebagai saksi ketika bekas pembantu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Rafini Osman menandatangani akuan bersumpahnya."Rahimi tandatangan akuan bersumpah pertama pada 29 Jun 29, 2008, di Quality Hotel di Shah Alam. Dia tandatangan secara sukarela di hadapan peguam, ahli parlimen dan pesuruhjaya sumpah Wee Choo Keong.
Beliau bersama Saiful Izham, sebelum memberikan salinan laporan polis berkenaan disoal-siasat di Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan di Bukit Aman, Kuala Lumpur untuk selama sejam.
Mereka turut diiringi oleh peguam masing-masing, N Surendran and Rashid Ismail.
Rahimi memberi keterangan kepada polis semalam.
Dalam pendedahannya pada 6 oktober lalu, Rahimi mendakwa dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada 2008 yang memalit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan perbicaraan Anwar yang sedang berlangsung.
Dakwanya, kedua-dua Latheefa dan Saiful Izham "menahannya" di sebuah hotel untuk beberapa hari selepas itu.

0 Komen pengunjong :