Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mustapa Turut Selektif Umum Daya Saing Negara

IMG_5801KUALA LUMPUR 11 Okt - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed turut memberikan data secara selektif berkenaan daya saing ekonomi negara.
Beliau yang ditemui di lobi Parlimen menjelaskan demikian terhadap kenyataan Mustapa yang menyelar pandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mengatakan bahawa Ketua Pembangkang tersebut menggunakan data secara selektif untuk memburukkan kerajaan.
"Mereka juga selektif, iaitu memberi laporan yang menidakkan rujukan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar. Sedangkan beliau telah menjelaskan bahawa, rujukan yang dipetik itu adalah sebelum dari tarikh, sedangkan apa yang dikemukakan oleh Mustapha itu, terkemudian dari kenyataan." jelas Mahfuz.
"Ada sedikit lonjakan selepas itu, jadi (kenyataan itu) tidak salah. Pandangan Datuk Seri Anwar itu dikemukakan lebih awal," jelas Mahfuz.
Bahkan, beliau turut mempersoalkan peningkatan daya saing negara yang dikemukakan oleh Mustapa, sebagai tidak memberangsangkan.
"Berbanding dengan negara Indonesia, menurut suatu laporan, mereka kini panik pula apabila melihatkan kemasukan pelabur luar yang begitu tinggi. Sedangkan di negara kita tidak berlaku sedemikian rupa," tambahnya.
Pandangan beliau turut dikongsi bersama Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani yang menjelaskan bahawa kenyataan Ketua Oposisi itu merupakan suatu fakta yang jelas dah telah berlaku,
"Kalau (daya saing negara) itu diperbaiki, adalah lebih baik.Kalau dia mengambil sikap positif, itu adalah suatu ukuran untuk (kerajaan Malaysia) memperbaiki kedudukan Malaysia," jelasnya.
Abdullah menganggap bahawa apa yang diakibatkan dari indeks tersebut merupakan cerminan kepada kegagalan kerajaan Barisan Nasional untuk mengurus dan mentadbir negara.
"Sikap kepimpinan negara ini sendiri yang menidakkan perkara dan fakta. Kini Malaysia lebih jauh ketinggalan, bahkan berbanding negara-negara Asia Tenggara sendiri," tegas beliau.

0 Komen pengunjong :