SHAH ALAM 13 Okt - Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sikap anggota Kabinet yang membisu daripada memberi sebarang komentar mengenai Model Ekonomi Baru (MEB) enam bulan setelah diumumkan Perdana Menteri samada ia bercanggah dengan Perkara 153 Perlembagaan berhubung hak istimewa orang Melayu atau selari dengannya.
Kit Siang berkata soalan ini perlu di jawab oleh Datuk Seri Najib Razak memandangkan bertambahnya kenyataan bersifat perkauman yng diutarakan oleh sesetengah pihak walaupun Perdana Menteri bercakap mengenai gerakan global kesederhanaan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan media semalam, beliau menyuarakan kekesalannya terhadap sikap Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee yang tidak mmbenarkan soalan susualn darinya berkaitn isu MEB.
"Soalan mengensi MEB ditanya oleh Ahli Parlimen Maran dari BN, Datuk Ismail Abdul Muttalib yang meminta jaminan Perdana Menteri bahawa dalam melaksanakan dasar itu usaha tersebut akan dibuat secara efektif dan mencapai sasaran pendapatan tinggi bagi Malaysia dan pada masa yang sama memacu ekonomi serta pelaksanaan semua program yang dirancang.
"Jawapan telah diberi oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S K Devamany," kata Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.
Kit Siang menegaskan sehingga hari kedua sidang Parlimen, Perdana Menteri mahupun mana-mana Menteri Di jabatan Perdana Menteri bersusaha untukmhadir ke Parlimen untuk menjawab isu yang dibangkitkan.
Ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional tidak serius ataupun komited samada kepada konsep 1Malaysia, MEB ataupun Parlimen.
"Kita juga mahu tahu sejauh mana pentadbiran Najib serius memastikan Malaysia mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 serta bebas daripada perangkap ekonomi pendapatan sederhana rendah dan bukannya hanya setakat ekperimen oleh sekumpulan pakar.
"Adakah inisiatif pembaharuan strategik 5 dalam MEB akan benar-benar mengambil kira kehendak dan merit selagi mereka berada dalam kategori 40 peratus berpendapatan rendah tanpa mengira kumpulan etnik?" tanya beliau.
Cetak Halaman Ini
Siapa cakap gaji aku RM1 juta? – Jojo Ghazali
15 hours ago
0 Komen pengunjong :