Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kebebasan Media - Barisan Nasional 'Cakap Tak Serupa Bikin'


SHAH ALAM 22 OKT: Tindakan pihak polis mengambil tindakan tegas menyoal siasat dan menyita komputer riba milik blogger, Rocky Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin  Attan hanya menunjukkan kerajaan Umno-BN tidak serius dalam memberikan dan menghormati kebebasan media.
Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang berkata kerajaan Umno-BN 'cakap tak serupa bikin' dalam hal kebebasan media dan kerajaan juga tidak serius apabila menyatakan kerajaan Umno-BN akan menjadi 'whistleblower' mendedahkan penyelewengan.
"Bila sahaja sesuatu media, walaupun yang tidak memusuhi parti pemerintah Umno-BN seperti Rocky Bru mendedahkan sesuatu, mereka (kerajaan Umno-BN) juga ambil tindakan keras menggunakan pihak berkuasa," tegas Tian Chua.
Kata beliau, kerajaan bukan sahaja tidak serius mempertahankan kebebasan media tetapi dapat dilihat kerajaan Umno-BN kembali kepada taktik lama mereka menyekat media.
"Rocky Bru hanya membawa kes penyelewengan yang khusus tetapi itupun tidak diberikan toleransi oleh kerajaan Umno-BN. Sekali lagi membuktikan kerajaan Umno-BN sebenarnya tidak berupaya mempertahankan kebebasan media," katanya lagi.
Beliau seterusnya menyatakan, dalam amalan prinsip demokrasi, kritikan dan serangan terhadap kerajaan adalah perkara biasa.
Tian Chua menegaskan sebagai seorang Menteri yang dipertanggungjawabkan amanah, Dr Rais sepatutnya dapat menerima kritikan dengan membetulkan keadaan sekiranya apa yang didakwa oleh Rocky Bru adalah benar.
"Kalau dakwaan Rocky Bru benar, Dr Rais Yatim patutnya betulkan keadaan dan sekiranya dakwaan Rocky Bru tidak tepat, maka Dr Rais Yatim patut menunjukkan fakta yang sebenar.
"Itu sahaja, mengapa perlu mengugut akan mengambil tindakan polis dan sebagainya?" tanya beliau lagi.

0 Komen pengunjong :