Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Hanya Kuasa Rakyat Mampu Letak Pakatan Rakyat Di Putrajaya

anwarpng
KUALA LUMPUR 26 Okt - Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak kerana cuba meraih sokongan dengan mendakwa Pakatan Rakyat mempertikaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Menurut beliau Pakatan Rakyat tidak pernah mempersoalkan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Negara seperti Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 yang mencakupi perkara berkaitan kedudukan istimewa orang Melayu.

"Kita dalam Pakatan Rakyat telah menegaskan tidak sekali-kali mempertikaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan. Adalah sesuatu yang menghairankan apabila kita melihat keadaan cemas dan gentar sedang menyelubungi kepimpinan Umno semasa Perhimpunan Agung mereka.

"Inilah pertama kali kita mendengar ucapan seorang Presiden Umno yang bermati-matian menegaskan tidak akan membenarkan Pakatan Rakyat memasuki Putrajaya.

"Sebenarnya kuasa untuk masuk ke sana bukannya kuasa Umno maupun Barisan Nasional. Juga bukannya kuasa Pakatan Rakyat untuk masuk ke sana. Yang penting ialah kuasa dan suara rakyat. Hanya kuasa rakyat sahaja yang boleh menentukan siapa yang akan berkuasa untuk memasuki Putrajaya," tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada majlis Jamuan Makan Malam Tabung Wisma DAP di Jalan Raja Uda di sini Jumaat lalu.

Anwar menambah, dalam memastikan aspirasi untuk ke Putrajaya menjadi realiti adalah amat penting kesepaduan yang ada dalam hubungan antara Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), PAS dan DAP tidak mampu digugat atau dirungkai melalui apa jua cara pun yang direncana oleh BN.

"Walaupun mereka membuat pelbagai fitnah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan, kita tetap optimis kejayaan yang pernah digarap pada 2008 akan berulang dan bercambah.

"Kita yakin dengan suara rakyat kerana skandal dan penyelewengan yang dilakukan oleh BN selama mereka memerintah akhirnya akan terbongkar apabila kita berjaya menerajui kekuasaan negara, " kata Anwar lagi.

Beliau yang juga Ketua Umum KEADILAN turut membidas kepimpinan BN kerana pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri semasa Tun Abdullah Ahamd Badawi sebanyak RM17 juta telah meningkat kepada RM65 juta ketika Najib memegang jawatan itu.

"Apakah pengubahsuaian dengan menggunakan wang rakyat ini sesuatu yang munasabah? Apakah perlu apabila wujudnya perubahan kepimpinan yang mendiami kediaman Perdana Menteri, maka pengubahsuaian perlu menelan belanja puluhan jutaan ringgit yang sepatutnya digunakan untuk manfaat rakyat jelata yang memerlukan?

"Begitu juga dengan pelan untuk mewujudkan tanah perkuburan berdekatan dengan Tugu Peringatan Negara yang menelan belanja sebanyak RM70 juta adalah satu pembaziran yang amat keterlaluan semata-mata untuk menghabiskan wang rakyat. Ini adalah sebahagian daripada pelan terancang yang akan mengkayakan kroni-kroni tertentu yang pro BN," ujar beliau lagi.

0 Komen pengunjong :