Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Yakinkan rakyat, Pakatan mesti ambil alih Putrajaya

KOTA BHARU, 19 Sept: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli menegaskan Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS mempunyai keyakinan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini mesti diubah.
Tambahnya, dalam masa sama meyakinkan rakyat bahawa Putrajaya mesti diambil alih memandangkan kepada suasana yang berlaku dalam negara kini memerlukan perubahan.
Suasana dalam negara kini, katanya, perlu ditangani serius oleh pihak berkuasa terutama masalah jenayah, pendidikan dan ekonomi.
Beliau berkata demikian kepada media pada Rumah Terbuka PAS Kelantan di Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini, semalam.
Mengulas dakwaan disebabkan persaingan sengit parti politik selepas Pilihan Raya Umum 2008  menyumbang kepada ketidakstabilan negara termasuk hubungan kaum dan sosial masyarakat, beliau berkata kenyataan itu menggambarkan hilangnya kewibawaan pimpinan Umno Barisan Nasional yang mendominasikan negara bagi menjadikan suasana harmoni serta kawalan keselamatan yang baik.
“Apa persoalannya dengan remaja yang membuang anak, kelahiran anak luar nikah yang begitu ketara mutakhir ini, penipuan di kalangan ahli-ahli perniagaan hingga membawa kepada berlakunya pembunuhan, apa kaitannya dengan persaingan sengit parti politik?” soalnya yang juga Bendahari PAS Pusat.
Ini kerana, katanya persaingan politik adalah pada bentuk ideologi dalam mengemukakan pilihan-pilihan dan alternatif kepada rakyat.
Namun apa yang berlaku dalam negara kini, katanya menyebabkan rakyat seolah-olah berada dalam keadaan terumbang ambing, ekonomi dan masa depan pendidikan negara tidak jelas.
Begitu juga, ujarnya dengan suasana pergaulan sosial masyarakat khususnya di kalangan remaja tidak dikawal dengan serius, sedangkan itu adalah fungsi yang mesti dilaksanakan pihak berkuasa.
Beliau menambah, ertinya keputusan PRU 2008 itu menyebabkan Umno BN tidak mampu mentadbir dengan baik walau pun mereka menang, meski pun bukan dua pertiga di Parlimen.
Pada beliau, Umno BN mesti mengaku kegagalan mentadbir negara serta menggambarkan betapa merosotnya prestasi parti perkauman Melayu itu.
“Dakwaan itu juga sebagai permulaan kepada satu pilihan raya untuk mendapatkan mandat baru memandangkan mandat yang ada kini adalah ‘mandat kepada Pak Lah’, dan kalau itulah kemungkinannya maka dakwaan analisa persaingan sengit politik itu adalah di luar politikal,” ujarnya.

0 Komen pengunjong :