Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Wang ehsan bukan hasil judi bola

KEPALA BATAS, 20 Sept: “Wang (ehsan) tersebut jelas bersih dan tiada unsur hasil wang perjudian sama ada judi bola dan sebagainya," tegas Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Beliau berkata demikian pada Hari Terbuka PAS Kawasan Tasek Gelugor yang diadakan di Dewan Serbaguna Teluk Air Tawar, di sini petang semalam.
Justeru, beliau menganggap membuang masa untuk memberikan penjelasan tentang wang RM100 kepada warga emas yang mendaftar dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Baginya, wang yang diberikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sengaja dipertikaikan oleh Umno sejak mula dicadangkan kononnya ia merupakan sogokan politik untuk memastikan Pakatan Rakyat terus mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 kelak.
Terbaru jelasnya, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican pula mengeluarkan fitnah meminta penjelasan dari mana wang RM100 didapati untuk diagihkan kepada warga emas sejak pertengahan tahun ini,
"Wang itu bukan dari judi kerana judi bola telah diharamkan di Pulau Pinang, lainlah Kerajaan Pusat yang mengharapkan keuntungan hasil perjudian bola atau lain-lain perjudian yang besar.
“Maka, sebab itu mereka sanggup menggalakkan perjudian ketika pertandingan bola sepak Piala Dunia di Afrika. Bila Pulau Pinang menjadi negeri pertama mengharamkanya, baru Perdana Menteri buat keputusan serupa bimbang rakyat marahkan kepimpinannya," jelas beliau.
Oleh itu, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, meminta rakyat khususnya di negeri ini jangan termakan dakyah palsu hasil ciptaan anggota parti yang kian karam.
Menurutnya, menjadi tanggungjawab semua jentera parti Pakatan Rakyat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) serta kepimpinan negeri menengahkan semua perancangan yang telah dilaksanakan dan bakal dilaksanakan kepada rakyat agar tiada lagi timbul keraguan.
"Rakyat kena didekati dan terus didekati jangan jauhkan dengan membiarkan mereka terjebak dalam kancak pembohongan BN. Peranan JKKK kena dipertingkatkan sebaik-baiknya," seru beliau.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih turut menyarankan setiap perayaan harus disambut dengan mengadakan hari terbuka kerana kesannya dapat menyatupadukan kaum serta mengeratkan lagi silaturrahim.
"Sepatut di hari yang mulia dan bulan mulia, semua fitnah kena dijauhkan bukan mencipta lagi banyak fitnah,” katanya.

0 Komen pengunjong :