Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

TV Selangor Diarah Beri Kenyataan Kepada Polis

SHAH ALAM 18 SEPT: Polis Shah Alam hari ini mengarahkan kakitangan TVSelangor yang terbabit dalam menyiarkan laporan mengenai siasatan terhadap suspek utama dalam kes Sosilawati untuk memberi kenyataan.

Laporan itu bersabit dengan komen Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin mengenai  kegagalan polis mengambil tindakan terhadap  suspek berkenaan sebelum pembunuhan Sosilawati dan tiga orang lain.

Bingkas bertindak terhadap TVSelangor, polis Shah Alam bagaimanapun belum memberi  sebarang kenyataan bersabit  laporan fitnah Utusan Malaysia yang mengaitkan DAP dengan suspek utama kes itu.

DAP Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap laporan Utusan itu yang disifatkan berniat jahat dan berbentuk hasutan.  

Dalam surat kepada TvSelangor yang dihantar ke pejabat TVS petang tadi,  polis Shah Alam meminta editor,  penulis dan penyampai  berita memberi keterangan kepada pihaknya selewat-lewatnya hari isnin.

Siasatan polis itu bersabit laporan bertajuk 'Empat rekod jenayah suspek Sosilawati, Mengapa Tidak Ada Tindakan',  disiarkan oleh TVSelangor pada 13 September lalu.

Shamsul,   mempertikaikan siasatan polis sebelum ini terhadap kes-kes jenayah yang mempunyai hubung kait dengan suspek pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati ketika polis di bawah kepimpinan Tan Sri Musa Hassan.

Akhbar New Straits Times (NST) turut memaparkan rasa tidak puas hati orang ramai terhadap kelewatan polis bertindak atas laporan polis terhadap suspek adik-beradik berkenaan yang dibuat sejak 10 tahun lalu.

Namun setakat ini tidak ada tindakan dikenakan terhadap NST mahupun Utusan Malaysia yang merupakan akhbar arus perdana di bawah kawalan Umno-Barisan Nasional.

0 Komen pengunjong :