Lelaki tenang memang digilai wanita. Ia tidak dapat disangkal, dan kajian dapat menjelaskan mengapa hal itu terjadi.
Pemerhatian tentang apa yang membuat lelaki digilai para wanita sering kali hanya terfokus pada faktor testosteron. Hal ini kerana testosteron selalu dikaitkan dengan maskulin seperti rahang yang besar atau alis lebih berat, dan biasanya berhubungan dengan kesihatan jangka panjang yang lebih baik. Awalnya, alasan-alasan itu masuk akal kerana dari sudut evolusi, wanita memang terpikat pada laki-laki dengan kadar testosteron tinggi.
Akan tetapi kajian terbaru menunjukkan, lelaki dengan kadar testosteron tinggi tidak otomatik menarik minat para wanita. Ada kaum hawa yang menilai lelaki dengan testosteron tinggi sarat akan kelemahan jangka panjang. Contohnya, lelaki macho relatif tidak setia pada pasangan atau juga mungkin menjadi orang tua yang buruk.
Hal itu dikuatkan dengan pemerhatian Fhionna Moore, seorang Ekolog Perilaku Manusia dari Universiti Abertay Dundee yang memfokuskan pada hormon stres atau kortisol. Menurut Fhionna, hormon kortisol yang tinggi juga dapat menekan sistem kekebalan tubuh, bahkan fungsi reproduksi.
Dengan demikian, dapat diambil kesimpulan bahawa akan masuk akal jika perempuan lebih suka lelaki dengan kadar kortisol rendah iaitu mereka yang tidak mudah stres.
Moore melakukan tinjauan terhadap 39 mahasiswa lelaki dari Universiti yang sama. Tingkat kortisol dan testosteron mahasiswa diukur melalui sampel air liur yang dikumpulkan. Selanjutnya, para pemerhati meminta 42 mahasiswi perempuan dari universiti berbeda untuk menilai langsung daya tarik, maskulin dan kesihatan para mahasiswa laki-laki berdasarkan fotonya.
Hasilnya, mahasiswa lelaki dengan kadar kortisol rendah dinilai lebih menarik dibanding orang-orang dengan tingkat kortisol tinggi. Sementara kadar testosteron tidak terkait dengan daya tarik, maskulin atau kesihatan.
Untuk kajian lebih kompleks, para ilmuwan mengambil foto 39 wajah lelaki berdasarkan pekerjaan mereka dan membahagi mereka menjadi empat kelompok, iaitu tinggi testosteron dan kortisol tinggi; testosteron tinggi dan rendah-kortisol, testosteron rendah dan tinggi kortisol; rendah testosteron dan kortisol rendah.
Dalam setiap kelompok, semua foto dicampur untuk membantu membuat satu gambar komposit. Dengan cara ini, pengkaji berharap untuk melihat apa efek kombinasi kadar hormon yang berbeda menentukan daya tarik.
Para pengkaji juga meneliti foto 43 mahasiswa perempuan heteroseksual untuk melihat foto para lelaki saat mereka dalam masa subur ataupun tidak. Hal ini memungkinkan para ilmuwan untuk melihat efek hormon wanita dan kesuburan berhubungan dengan persepsi terhadap laki-laki.
Hasilnya, ketika perempuan dalam masa subur, maka orang-orang dengan tingkat kortisol rendah (jenis lelaki tenang) dianggap sebagai lebih menarik dibanding lelaki dengan tingkat kortisol tinggi.
"Kami berspekulasi bahawa lelaki dengan kortisol rendah memiliki sesuatu yang diinginkan perempuan kerana mendapatkan rasa selamat. Ini boleh jadi contoh yang baik kesihatan yang baik atau respon yang sihat terhadap stres," kata Moore
Hasilnya jauh lebih rumit bila perempuan tidak dalam masa suburnya. Saat tidak subur, perempuan melihat lelakidengan tingkat testosteron-kortisol sama tinggi atau testosteron-kortisol rendah lebih menarik daripada lelaki yang salah satu unsurnya lebih tinggi di banding yang lain.
"Lelaki dengan kadar testosteron dan kortisol yang tinggi merupakan sinyal bahawa lelaki tersebut dominan, sementara seseorang dengan kadar testosteron dan kortisol yang rendah merupakan orang dengan kesihatan yang baik," kata Moore yang menerbitkan kajian dalam jurnal Proceedings of the Royal Society B.
0 Komen pengunjong :