Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Selangor Anjur Sahur Perdana Bersama Pemimpin Tertinggi KEADILAN, PAS

SHAH ALAM 3 Sept - Kerajaan Negeri Selangor buat pertama kalinya menganjurkan Majlis Sahur Perdana yang akan diadakan esok di Kompleks Belia dan Kebudayaan negeri Selangor, Seksyen 7 Shah Alam.
Menurut Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Ali, majilis ini merupakan salah satu pengisian Ehya' Ramadhan yang kini begitu rancak berjalan di seluruh 531 masjid dan 1980 surau di seluruh Selangor.  
Ini tidak termasuk program Ehya’ Ramadhan anjuran berbagai pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan lain.
"Majlis ini disamping membina kekuatan dalaman serta penyucian jiwa juga bertujuan untuk menghimpun umat Islam khasnya dalam satu perhimpunan untuk sama-sama mengabdikan diri kepada Allah SWT disamping menemukan dalam suasana yang syahdu diantara pemimpin dengan berbagai golongan rakyat," kata Dr Hassan dalam satu kenyataan.
Majlis Sahur Perdana tersebut akan diisi dengan Qiyamullail, makan sahur bersama, Solat Subuh berjamaah serta siri ucapan tetamu-tetamu yang dijemput khas seperti Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Pejabat Exco Hal Ehwal Islam yang bertanggungjawab menerajui program ini yakin bahawa program yang julung-julung kalinya diadakan di negeri ini akan mendapat sambutan hangat di luar dugaan.  
"Ini memandangkan program yang sama berskala lebih kecil yang diadakan di Gombak dua minggu yang lalu menerima kehadiran mencecah 2,000 orang," tambah beliau.
Dr Hassan membayangkan sekiranya majlis ini berjaya ianya akan dijadikan acara tahunan dengan merangkumi kesemua 9 daerah di dalam negeri ini.  
"Usaha seperti ini adalah untuk menjelmakan satu lagi budaya kecil dalam kehidupan masyarakat bagi menghayati Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap," tambah beliau.

0 Komen pengunjong :