Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Perluas guna dinar, dirham - Husam

KOTA BHARU, 8 Sept: Sebagai tanda sokongan terhadap usaha berterusan kerajaan negeri berhubung sistem mata wang syariat Dinar dan Dirham, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa, membayar zakat fitrah menggunakan Dirham.
Selepas solat Zohor tadi, Husam membayar zakat fitrah sebanyak tujuh keping Dirham bagi mewakili kaum keluarganya seramai 14 orang termasuk menantu dan cucu.
Bayaran zakat itu disampaikan kepada Imam Tua Masjid Kota, Tengku Wook Tengku Lega, dekat sini selepas menunaikan solat Zohor dua hari sebelum umat Islam menyambut kedatangan Syawal.
Husam ketika ditemui memberitahu, usaha itu dilakukan bukan sahaja sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan negeri memperkenalkan Dinnar dan Dirham, tetapi juga sebagai mesej kepada masyarakat membayar zakat fitrah juga boleh digunakan menggunakan Dinar atau Dirham.
Katanya, selain urusan jual beli, ianya boleh digunakan untuk bayaran zakat, mas kahwin, hadiah, zakat dan fitrah.
“Kita berharap rakyat memahami betapa perlunya sistem ini diperluaskan,” ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, satu majlis penyampaian sumbangan zakat menggunakan Dinnar dan Dirham telah diadakan di Kelaboran, Tumpat pada hari yang sama.
Majlis penyampaian sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Kelantan Golden Trade, Nik Mahani.

0 Komen pengunjong :