Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

ISA diguna tatkala penguasa gagal berhujah

Utusan Malaysia hari ini mendesak pemerintah menahan kalangan yang mempertikai peruntukan Perlembagaan termasuk Perkara 153.

Siapa yang mempertikai peruntukan tersebut? Ini yang sengaja dijaja oleh pimpinan UMNO buat mengalih pandangan rakyat terhadap kezaliman dan rasuah yang dilakukan.

Generasi muda mempersoal tafsiran peruntukan yang lebih digunakan buat memperkaya segelintir keluarga dan kroni pemimpin UMNO. Majoriti Melayu dan Bumiputera masih kekal miskin dan terpinggir.

Malah pemimpin UMNO belum menjawab ke manakah dana RM52 bilion yang diperolehi melalui Perkara 153 dan DEB – jumlah yang dikaut keluarga dan kroni berbanding menafaat jutaan Melayu-Bumiputera.

Utusan Malaysia tak mampu meneruskan wacana segar. Yang terpapar adalah ugutan dan fitnah; meremehkan keupayaan Melayu berbahas dan berwacana nasib mereka secara terang dan berani.

Terlalu banyak pekung rasuah dan penyelewengan yang mahu diselindung dari rakyat; terutama Melayu dan Bumiputera. Yang ketara ialah keangkuhan kuasa dan kedangkalan ilmu hingga membatasi perbahasan dan hanya berselindung di sebalik undang-undang zalim

- http://anwaribrahimblog.com/ 

0 Komen pengunjong :