Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Perkasa hanya mencari publisiti?

KUALA LUMPUR, 3 Sept — Melihat kepada kelantangan Datuk Ibrahim Ali baru-baru ini termasuk menggesa Datuk Seri Najib Razak menjelaskan konsep 1 Malaysia, penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari menyifatkan pemimpin dan Perkasa sebagai tidak berwawasan, malah sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian.
“Saya sebenarnya musykil kenapa beliau berbuat begitu?” kata pakar perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa ini berhubung pendirian Perkasa akhir minggu lalu.
Ibrahim dilihat seolah-olah “berani” dan lantang mencabar Najib.
“Bagi saya tidak mudah untuk beliau hidup sebab Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang tidak mempunyai wawasan dan komitmen,” kata beliau sambil menambah, “apa yang pasti, walau apa jua yang beliau lakukan, saya tidak fikir Umno akan menerima beliau semula.”
Hujung minggu lalu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas mempersoalkan konsep 1 Malaysia dan meminta Perdana Menteri menjelaskan konsep tersebut, yang sesetengah pengkritik menganggapnya sebagai slogan cetek dan tidak membantu meredakan ketegangan kaum.
Ibrahim berkata, konsep 1 Malaysia telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak dengan mendakwa ia merujuk kepada aspek kesamarataan antara kaum.
Selain itu, Ibrahim juga mencadangkan supaya undang-undang bagi menghalang orang bukan Islam memasuki kawasan masjid dan surau digubal.
Dalam pada itu seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia pula berkata, tindak tanduk Ibrahim sejak kebelakangan ini menunjukkan beliau mahu bertindak sebagai kuasa ketiga dalam mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu di negara ini.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, kata ahli akademik itu, Ibrahim melalui pertubuhan bukan kerajaan iaitu Perkasa mahu melakukan perubahan dalam usaha mempertahankan orang Melayu.
“Saya melihat apa yang cuba dilakukan beliau (Ibrahim) adalah mahu menggunakan NGO kerana ia boleh bertindak sebagai kuasa ketiga dalam menentukan hal-hal termasuk politik.
“Apa yang dibangkitkan oleh Perkasa selama ini langsung tidak dilakukan oleh mana-mana parti politik,” katanya.
Beliau berkata tindakan Ibrahim yang dilihat semakin lantang bersuara ini adalah semata-mata mahu mewujudkan situasi “check dan balance” kepada parti politik dalam negara.
“Ini kerana parti politik yang ada lebih kepada politk kepartian dan apa yang diperjuangkan Perkasa adalah mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu.
“Mungkin apabila melalui Perkasa apa yang ingin disampaikan Ibrahim dilihat relevan dan apa yang lebih penting adalah parti-parti politik dilihat lebih peka terhadap isu orang Melayu apabila ia dibangkitkan,” katanya.
Beliau berpendapat apabila parti politik tidak memainkan peranan, Perkasa yang dipimpin Ibrahim semakin lantang bersuara untuk menyedarkan pemimpin supaya mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu.
“Selama ini matlamat dan perjuangan Perkasa adalah mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan sudah menjadi kewajiban untuk mereka lantang bersuara.
“Sama ada perjuangan itu wajar atau tidak ia bergantung kepada penerimaan rakyat, Perkasa sekarang hanya dilihat sebagai penggerak sahaja,” katanya.

0 Komen pengunjong :