Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pemuda PAS desak semua tahanan ISA dibebaskan

bendera-pas KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mendesak kerajaan membebaskan semua tahanan  ISA ini dan mendakwa  di mahkamah untuk membuktikan kesalahan mereka.
Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, DPPP secara konsisten membantah perlaksanaan ISA terhadap mana-mana rakyat di Malaysia kerana ISA adalah akta yang zalim.
Katanya,  ISA membenarkan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dengan aktiviti yang dianggap boleh mendatang kemudaratan kepada negara ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut dengan mendapatkan kelulusan daripada menteri dalam negeri.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media semalam dipercayai mengulas pembebasan seorang tahanan akta itu, Shamsuddin Sulaiman beberapa hari lalu.
Shamsuddin ditangkap pada 17 April 2002 dan ditahan sejak 13 Jun tahun sama  di atas tuduhan terlibat dengan Jemaah Islamiah (JI) Malaysia.
Pengarah Pasukan Petugas Khas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin ,  Shamsuddin dibebaskan kerana  tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara dan pembebasan itu dibuat atas arahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Khairul Faizi berkata, jangka masa selama lapan tahun ditahan di bawah ISA tanpa melalui proses perbicaraan dan tanpa membuktikan kesalahan yang dilakukan adalah merupakan satu jangka masa yang lama dengan memisahkan beliau daripada keluarga dan ia adalah merupakan satu bentuk kezaliman yang berterusan dilaksanakan oleh pemerintah.
Katanya, alasan ‘tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara’ adalah hujah yang sangat lemah sedangkan selama lapan tahun beliau ditahan masih tidak terbukti lagi apakah sebenarnya kesalahan yang telah dilakukannya.
Mengikut akta itu, selepas 60 hari, seseorang tahanan itu jika didapati masih mampu mendatangkan kemudaratan, menteri  dalam negeri boleh menahan tertuduh selama dua tahun tanpa melalui perbicaraan.

0 Komen pengunjong :