Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Konflik Malaysia-Indonesia Berlarutan, Ketokohan Anwar Perlu

SHAH ALAM 4 SEPT: Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustapha Kamil Ayub menyifatkan sikap ego pemimpin Malaysia sebagai antara sebab  ketegangan Malaysia-Indonesia terus berlarutan.
Beliau menganggap masalah imi berlarutan berikutan kerajaan persekutuan pimpinan Umno Barisan Nasional tidak memiliki tokoh berwibawa dalam mengurus tadbir hubungan antarabangsa.

"Saya kira dalam soal hubungan Malaysia-Indonesia ini, memang ada kadang kala wujud ketidakpuasan hati di sini dan sana tetapi apa yang penting adalah kita memerlukan satu mediator yang boleh memahami kedua-dua perasaan negara.

"Yang menjadi masalah kita hari ini kerajaan Malaysia tidak mempunyai tokoh yang benar-benar ikhlas untuk berperanan sedemikian," katanya kepada TV Selangor.

Mustapha Kamil kesal kerana pimpinan Umno BN membiarkan masalah ini meleret-leret hinggakan simbol kedaulatan negara terus dihina.

Kejadian bakar Jalur Gemilang dan kecaman terhadap Kedutaan Malaysia di Jakarta terus berlarutan lantaran kerajaan gagal bertindak dengan berkesan.

"Isu berbangkit ini selesai jika kita menampilkan tokoh yang mampu menjadi jururunding kepada kedua-dua pihak. Dalam mana-mana isu pun ada asas kenapa kemarahan itu berbangkit. Jadi, ia perlu ditangani sebaik mungkin," katanya

Dalam konteks ini, kerajaan persekutuan seharusnya menggunakan kepakaran bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim dalam menyelesaikan masalah ini lantaran ketokohan Anwar diakui mata pemimpin dan rakyat Indonesia.

Ini  terbukti apabila media Indonesia lebih berminat mendapat pandangan Ketua Pembangkang berhubung konflik dua negara ini.

"Saya yakin Anwar mempunyai kemampuan untuk menangani isu ini dengan sebaik mungkin. Cuma dalam konteks ini, kita tahu pasti beliau tidak dapat memainkan peranan berkesan kerana setakat berperanan  sebagai ketua pembangkang.

"Bagaimana beliau boleh memainkan peranan kerana, pertama kita tidak memerintah kerajaan persekutuan. Kedua kerajaan persekutuan juga tidak memanjangkan hasrat untuk Anwar memainkan peranan," katanya.

Namun, kerajaan Umno BN terlalu ego untuk menggunakan kepakaran Anwar yang menjadi seteru politik mereka nombor wahid.

"Kalau mahu lebih berkesan, ia memerlukan kerajaan persekutuan sedia ada meminta kerjasama dan khidmat nasihat Anwar untuk membantu menyelesaikan kekusutan ini, barulah Anwar dapat memainkan peranannya.

"Tetapi, sehingga saat ini, ada elemen ego pada Najib," katanya
Penganalisis Politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussien pula mendapati rakyat Malaysia kian menunjukkan reaksi tidak senang dengan perkembangan konflik ini.
"Saya lihat rakyat sendiri tidak faham mengapa berlaku sebegitu dan demonstrau yang dibuat NGO Indonesia menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia. Akhbar sudah menunjukkan rakyat Malaysia mula bertindak balas.
"Jadi, saya rasa jika tidak ditangani baik oleh kedua-dua pihak, ia akan mengeruhkan suasana" katanya.

0 Komen pengunjong :