Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pemilihan PKR 2010 Lahir Lebih Ramai Pemimpin Wibawa Kata Khalid

PETALING JAYA 25 SEPT : Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat akan terus kukuh dengan lahirnya lebih ramai pemimpin yang berkualiti menurusi proses pemilihan akar umbi yang akan diadakan tidak lama lagi.
Bercakap pada sidang media majlis pecah tanah Tadika Rakyat di Petaling Jaya semalam, ujar Khalid, proses demokrasi yang diamalkan dalam Pakatan Rakyat adalah kunci kemakmuran sebuah negara merdeka.
"Belum pernah mana-mana parti dalam Malaysia mengadakan pemilihan terus oleh ahli-ahli yang akan menentukan pemilihan di peringkat cabang dan majlis tertinggi,"ujar Khalid.
Terdahulu Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan bahawa proses demokrasi yang bebas dan telus akan memperkuat dan mengukuhkan lagi struktur parti.
Malah ujar Anwar, kekuatan akar umbi mampu melindungi PKR dari tekanan Umno-Barisan Nasional yang mahu mengganggu gugat kestabilan parti.
Pemilihan PKR melibatkan hampir 500 000 ahli dari peringkat akar umbi memilih sendiri Presiden serta ahli Majlis Pimpinan Tertinggi mereka.
Pemilihan yang bakal dijalankan November ini merupakan perkara julung kali yang dilakukan oleh mana-mana parti politik di Malaysia.

0 Komen pengunjong :