Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pembunuhan Kejam Sosilawati: Suspek Broker Tanah RM100j

KUALA LUMPUR, 15 SEPT -  Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya sudah menerima cek RM1 juta pada 2 Ogos lalu, kira-kira tiga minggu sebelum mangsa dan tiga individu lain dilaporkan hilang sebagai wang pendahuluan bagi penjualan tanahnya di Pulau Pinang yang bernilai RM100 juta. 
Difahamkan, cek berkenaan diserahkan ketika Sosilawati dan pemandu peribadinya menemui suspek bergelar Datuk di firma guaman milik suspek dekat Banting, Peguam Syarie, Datuk Zaidi Zain yang mewakili Sosilawati membabitkan kes tuntutan RM1.38 juta terhadap bekas suaminya, Nash mendakwa pada pertemuan terakhir dengan mangsa pada 26 Ogos lalu, jutawan itu menceritakan mengenai tanahnya di Pulau Pinang yang dibeli pada harga RM20 juta dan sudah menemui pembeli hasil bantuan suspek. 
“Wati (Sosilawati) memaklumkan sudah terima cek RM1 juta yang berstatus cek tertunda dan hanya boleh ditunaikan pada 2 September bersama draf perjanjian yang membolehkan suspek menerima komisen seperti dipersetujui. 
“Beliau begitu gembira menceritakan perkara itu kerana bakal menjual tanahnya RM100 juta dan memperoleh keuntungan RM80 juta. Bagaimanapun, Wati tidak memaklumkan siapa pembeli itu,” katanya, semalam. 
Zaidi berkata, pada hari jutawan kosmetik dan tiga individu dilaporkan hilang, beliau dimaklumkan tujuan pemergian mereka ke Banting bertemu suspek untuk memberinya komisen kerana berjaya mencari pembeli. 
“Bagaimanapun, Wati tidak membawa wang tunai, sebaliknya mengambil langkah berjaga-jaga dengan membawa peguam dan perunding kewangan peribadinya bagi membolehkan transaksi wang dilakukan. 
“Wati dijanjikan suspek pada pertemuan itu pembeli akan membayar 10 peratus iaitu RM10 juta daripada harga tanah yang dijual,” katanya.

0 Komen pengunjong :