Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mengaku Institusi Melayu Tapi Tak Mengaku Rasis

KUALA LUMPUR 28 SEPT – Utusan Malaysia mendakwa akhbar itu bukan bersikap perkauman  walaupun  memperjuang agenda Melayu sebaliknya menuduh media berbahasa Cina dan sebahagian portal berita, sebagai rasis tanpa sebarang alasan kukuh.

"Adalah dangkal bagi menuduh Utusan rasis sedangkan akhbar ini membawa suara hati orang Melayu,” kata Awang Selamat dalam kolum Bisik-Bisik Mingguan bertajuk ‘Lagi Jawapan Buat Nazri Aziz’, hari ini.

"Ada media yang sebenarnya rasis terutama media Cina dan portal berita…" kata penulis yang dikritik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kerana tidak pernah mendedahkan  identiti kepada umum itu.

Awang Selamat ketika membuat kecaman terhadap Datuk Seri Nazri Aziz juga mengaku sebagai akhbar yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan tanah air itu, selain  turut mendabik dada sebagai sebuah institusi Melayu

“Utusan bukan sekadar akhbar , Utusan adalah institusi Melayu,” kata Awang Selamat yang meminta tidak perlekeh seperti yang dilakukan  pihak tertentu dengan merujuk golongan itu sebagai bukan Melayu.

Dalam kolum berkenaan, Awang Selamat yang menjawab celaan Nazri sebelum ini, mengaku edaran akhbar itu semakin merosot  tetapi memberi alasan, kebanyakan akhbar utama dunia lain juga mengalami situasi sama.

Awang Selamat juga sekali lagi menempelak Nazri dan mendakwa beliau tidak boleh dikritik kerana mendakwa Utusan mengikut telunjuk mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim Ali.

Nazri dalam wawancara bersama The Malaysian Insider baru-baru ini menyelar sikap Utusan yang tidak sehaluan dengan agenda 1 Malaysia gagasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebaliknya mensensasikan Perkasa.

Dalam kolum sama bertajuk 'Alahai Nazri' minggu lalu, Awang Selamat mempertahankan Ahli Parlimen Pasir Mas itu yang bertanding atas tiket Pas pada pilihan raya lalu selepas dipecat Umno - parti dukungan Utusan.

0 Komen pengunjong :