Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Ibrahim beri tiga pemimpin Umno amaran, jangan pertikai Perkasa


PASIR MAS, 25 Sept — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada tiga pemimpin Umno supaya tidak lagi mempersoalkan perjuangan pertubuhan Melayu itu yang ditubuhkan dua tahun lalu untuk mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu. Ketiga-tiga pemimpin tersebut adalah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Ketiga-tiga pemimpin tersebut pernah mendakwa Perkasa boleh menjadi punca kepada BN kehilangan sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.
“Saya kenal siapa mereka, mereka sepatutnya tidak salahkan Perkasa,” kata beliau sambil mendakwa, “saya tahu DNA mereka.”
“Kalau saya dedahkan nanti, jadi berperang pula,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini.
“Jadi lebih baik cukup sampai di sini sahaja,” katanya ketika berucap pada program Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan di pekarangan Stesen Keretapi Pasir Mas di sini.
Tengku Adnan menjelaskan Umno tidak akan menyokong Ibrahim jika beliau bertanding semula sebagai calon Bebas di Pasir Mas.
Dalam surat terbukanya menjawab tuduhan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia terbitan Kumpulan Utusan Ahad lalu, Nazri berkata, beliau sentiasa tahu siapa ketuanya dan mahu Awang mengetahui bahawa “saya sentiasa tahu siapa ketua saya.”
“Ia bukan Kit Siang ataupun Anwar kerana mereka bukan Perdana Menteri Malaysia, Pengerusi BN ataupun Presiden Umno. Saya tidak pasti sama ada Awang tahu siapa ketuanya kerana dia memperkecilkan dasar 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri dan mempromosikan perkauman sempit Ibrahim Ali yang sememangnya bukan ahli Umno.”
“Awang harus bertanya pada dirinya persoalan yang dia ajukan kepada saya,” kata Nazri.
Ibrahim juga berkata pemimpin parti politik tidak sepatutnya menyalahkan Perkasa sekiranya kehilangan undi kerana ia bukan parti politk, tetapi hanya sebuah pertubuhan bukan kerajaan.
“Perkasa hanya NGO, bukan parti politik dan kita tidak akan menjadi sebuah parti politik.
“Kita tidak sokong mana-mana pihak, jadi jangan salahkan Perkasa kalau kehilangan sokongan orang Melayu kerana kita hanya menjalankan tanggungjawab mempertahankan hak orang Melayu sahaja,” katanya.
Program tersebut disertai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ibrahim juga berkata parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan MIC pula perlu menjalankan tugas untuk mengembalikan sokongan rakyat daripada menyalahkan Perkasa.
“Pemimpin MCA dan MIC patut jalankan tugas dengan baik, buat kerja elok-elok untuk dapatkan semula sokongan dan kepercayaan rakyat.
“Kalau MCA dan MIC hilang undi orang Cina dan orang India bukan sebab Perkasa tetapi silap sendiri,” katanya.
Baru-baru ini pemimpin Umno-BN terlibat dalam perang kenyataan dengan Ibrahim berhubung kenyataan pemimpin-pemimpin perikatan itu bahawa BN tidak harus menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan itu kerana bimbang dasar perjuangannya boleh menghakis sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.

0 Komen pengunjong :