Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mahkamah Tangguh Keputusan Pemecatan Anwar

PUTRAJAYA 27 Sept - Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi semakan semula pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 1998 ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, yang mempengerusikan panel tiga hakim, menunda perkara itu berikutan kekeliruan berhubung arahan Ketua Hakim Negara sama ada kes Anwar perlu didengar bersama satu kes lain oleh kerana isu yang bakal dikemukakan adalah serupa.

Karpal Singh memberitahu mahkamah bahawa Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, telah mengarahkan pada 21 September supaya kes Anwar didengar bersama kes pemecatan seorang pegawai kerajaan, Ahmad Jefri Mohd Jahri @ Md Johari, yang bertugas (pada ketika itu) di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, cawangan Johor.

Bagaimanapun, terdapat satu lagi arahan supaya kes Ahmad Jefri dikeluarkan daripada pendengaran hari ini.

Arifin yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong, dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Suriyadi Halim Omar, menangguhkan perkara itu berikutan permohonan oleh Karpal yang menyatakan bahawa beliau belum bersedia mengendalikan kes secara berasingan.

Karpal Singh berkata, beliau beranggapan kedua-dua kes akan didengar bersama dan tidak tahu kes itu akan didengar berasingan.

Anwar mahukan Mahkamah Persekutuan mengkaji semula keputusannya sendiri yang disampaikan pada 8 Mac tahun ini yang memutuskan bahawa pemecetannya itu adalah sah.

Anwar gagal dalam usahanya di kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan memecat menteri Kabinetnya dan beliau telah mematuhi perlembagaan dengan menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai pemecatan Anwar.

Ketua umum PKR itu memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa pemecatan itu tidak sah dan melanggar Perlembagaan di samping memohon ganti rugi yang akan dinilai oleh pendaftar, menggantikan pengembalian jawatan.

0 Komen pengunjong :