Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kes Kematian Dalam Tahanan: Perkasa Akta Kaedah-kaedah Lokap dan Kod Prosedur Jenayah

Polis perlu mendisiplinkan anggotanya bagi mentaati dan menguatkuasakan Akta Kaedah-kaedah Lokap dan Kod Prosedur Jenayah bagi memastikan kes kematian dalam lokap yang disebabkan oleh kecuaian polis dapat dikurangkan.
Setakat ini, sebanyak 141 kes kematian dalam lokap telah dilaporkan sejak tahun 2000, dengan yang terbaru melibatkan seorang belia India, R Gunasegaran.
Kordinator Suara Rakyat Malaysia, Tah Moon Hui berkata, walaupun banyak cadangan telah diberi kepada pihak polis tetapi pihak polis dilihat tidak mengambil serius cadangan yang diberi kerana sehingga kini tiada tindakan susulan daripada pihak polis yang mencerminkan bahawa cadangan-cadangan ini dalam pertimbangan.
"kita ada melakukan siasatan strategi ataupun perkembangan kes-kes kematian dalam lokap dalam tahanan beberapa tahun yang lepas, boleh kata tak ada bukti yang kukuh yang menunjukkan bahawa polis ada mengambil tindakan yang mencukupi untuk mencegah kematian dalam tahanan daripada berlaku".
 "Walaupun selepas sesetengah kes berlaku, banyak cadangan telah dikemukakan tapi tak nampak pun, ada bukti yang konkrit la bahawa mereka telah mengambil lebih tegas" ujar Tah kepada Tv Selangor.
Tambahnya lagi, akta yang digubal puluhan tahun lalu masih mempunyai banyak ruang yang boleh diperbaiki seperti menekankan lagi hak orang yang ditahan seperti hak untuk mendapatkan peguam, hak untuk mengetahui sebab ditahan dan sebagainya.
Pihaknya ada memberikan cadangan agar kamera litar tertutup dipasang di dalam bilik soal siasat supaya rakaman itu boleh digunakan jika berlaku perkara yang tidak diingini, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil malah kebanyakan CCTV yang telah dipasang dahulu di beberapa posisi di dalam balai polis tidak berfungsi dengan baik.
Soal siasat yang dijalankan juga selalunya tidak mematuhi larangan yang termaktub di dalam Akta Kaedah-kaedah Lokap, yang menetapkan jangkamasa soal siasat, hak dan keselamatan orang dalam tahanan.
"Dalam akta tersebut katakan soal siasat hanya boleh dijalankan, tidak dijalankan selepas 12 hingga 7 pagi tetapi kebanyakan ataupun kita dapat melihat bahawa banyak soalsiasat dijalankan waktu tengah malam. Bermakna polis ini telah tidak mematuhi Kaedah tersebut" tambahnya lagi.
Mengulas perlantikan Datuk Ismail Omar sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Musa Hassan, Tah berkata perlantikan itu tepat pada masanya memandangkan telah terdapat banyak komen negatif terhadap Musa.
Tah juga berkata, Ismail Omar perlu menangani isu kemmatian dalam lokap dengan sikap profesional dengan memastikan siasatan penuh dibuat terlebih dahulu sebelum disusuli dengan penahanan, bukannnya menahan seseorang dengan alasan 'membantu siasatan'.
"IGP tersebut harus memastikan bahawa polis menjalankan siasatan sebelum membuat sebarang penahanan, itu yang sangat penting sekali".
"Sekiranya polis telah menjalankan kesemua siasatan dan baru menjalankan penangkapan, bermakna selepas tangkap, polis boleh terus mendakwa orang tersebut di mahkamah. Jadi biar mahkamah memutuskan samada harus tahan OKT tersebut atau tidak".
"Banyak perkara yang kita lihat  kematian dalam tahanan ialah mereka yang ditahan untuk bantu siasatan, jadi sekiranya polis telah jalankan semua siasatan, adalah dipercayai bahawa tempoh penahanan adalah sangat kurang jadi mengelakkan perkara tersebut dari berlaku."

0 Komen pengunjong :