Kes Aminulrashid : Hishamuddin Terus Membisu

2 Sept - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hairan mengapa Datuk Seri Hishamuddin Hussien sehingga kini tidak membalas surat yang dikirimnya  berkaitan isu mangsa tembakan polis, Aminulrashid Amzah.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor itu terkilan kerana tindakan Menteri Dalam Negeri itu menggambarkan beliau mengabaikan isu yang membangkitkan kemarahan masyarakat Melayu.
Ia juga menunjukkan Hishamuddin tidak mempeduli kesedihan sebuah keluarga, khusus ibu mangsa yang tercari-cari jawapan kepada tragedi anaknya, menjelang sambutan Aidilfitri.
Norsiah Ahmad, ibu Aminulrashid sejak lebih tiga bulan lalu meminta polis dan Kementerian Dalam Negeri merungkai kejadian sebenar  kes kematian anaknya.
Aminulrashid, mati ditembak polis berhampiran rumahnya di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 pada April lalu.
Seorang anggota polis, Jenain Subi sudah dituduh  menembak Aminulrashid Mei lalu tetapi persoalan timbul mengapa hanya seorang sahaja diheret ke mahkamah.
Sikap sepupu Perdana Menteri itu membawa kesimpulan betapa Umno tidak mempeduli nasib orang Melayu-Islam yang kesedihan ketika di ambang Hari Lebaran.
Naib Presiden Umno itu hanya cepat bertindak termasuk menemui penunjuk demonstrasi kepala lembu yang sebahagiannya ahli parti tetapi tidak mengulangi sikap sama dalam isu kematian Aminulrashid.
“Kenapa dia sanggup berikan layanan yang begitu istimewa kepada penunjuk perasaan kepala lembu tetapi bila seorang ibu menuntut keadilan untuk anaknya dia tidak layan sama sekali” ujar Khalid lagi.

0 Komen pengunjong :