Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

ISA Bercanggah Dengan Undang-Undang Antarabangsa

SHAH ALAM 5 Sept - Kewujudan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak 50 tahun dahulu bertentangan dan melanggar prinsip asas undang-undang antarabangsa.
Pelanggaran ini termasuk hak kebebasan seseorang individu, hak mendapat perlindungan yang sama di bawah undang-undang, hak daripada tahanan secara rambang, hak untuk diberitahu alasan tahanan, prinsip tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya serta hak mendapatkan perbicaraan yang terbuka dan adil di mahkamah.
Malah ISA dilihat sebagai memanjangkan kuasa eksekutif dan menafikan hak mana-mana tahanan daripada memperolehi perlindungan undang-undang serta diwakili peguam.
Akta drakonian ini juga menodai Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan semua warganegara ada sama di sisi undang-undang dan berhak untuk mendapatkan perlindungan undang-undang.
Pertubuhan hak asasi antarabangsa, Amnesty International Malaysia menyeru kerajaan supaya mempertahankan hak dan kebebasan warganegara serta menyemak semua semua perundangan yang bercanggah dengan hak asasi manusia.
"Akta yang menghalang warganegara untuk mengecapi hak asasi manusia tanpa sebab munasabah tidak ada tempat di dalam sistem urustadbir Malaysia dan mesti dihapuskan atau direformasi bagi memastikan tidak ada perlanggaran hak asasi.
"Reformasi yang dilakukan harus merangkumi hak untuk mencabar keputusan pentadbiran yang dibuat di bawah beberapa undang-undang bersifat menindas," kata Nora Murat, Pengarah Eksekutif badan itu dalam satu kenyataan media semalam.
Sehubungan itu Amnesty International mengalu-alu pembebasan Shamsuddin Sulaiman, salah seorang tahanan ISA yang paling lama namum mempersoallan mengapa perlu beliau masih diletak di bawah pengawasan dan kawalan terhadap pergerakannya.
Di bawah syarat pembebasan, Sulaiman tidak dibenarkan meninggalkan daerah Kota Tinggi tanpa kelulusan pihak berkuasa.
Shamsuddin ditahan di bawah ISA semenjak 2002 kerada didakwa terlibat dengan kegiatan Jemaah Islamiah (JI).
"Beliau tidak pernah didakwa atau hadapkan ke mahkamah. Permohonan habeas corpusnya juga ditolak oleh mahkamah pada tahun 2004.
"Shamsuddin dibebaskan hanya setelah beliau bertaubat dan dianggap bukan lagi ancaman kepada keselamatan negara," kata kenyataan itu.
Tidak ada alasan yang diberikan pihak berkuasa mengenai tahanan ataupun pembebasan beliau.

0 Komen pengunjong :