Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Faekah Tempelak Khir Toyo

SHAH ALAM 15 SEPT - “Kalau dia (Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo) berminat pun, dia tidak akan dapat. Untuk kelihatan macho dan berlapang dada, dia katalah,  dia tidak minat...”
Begitu jawapan sinis Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin apabila diminta mengulas laporan sebuah portal yang memaparkan kenyataan Khir Toyo kembali menerajui kerajaan negeri.

Pada temu bual dengan Malaysia Kini, Khir Toyo menyatakan tidak lagi berminat untuk kembali menjadi menteri besar Selangor, sebaliknya menyarankan supaya jawatan berkenaan diserah kepada pemimpin yang lebih layak di kalangan BN, jika berjaya merampas semula negeri itu.

Khir Toyo memberi alasan, beliau tidak mahu mewarisi masalah-masalah yang berlaku di negeri itu selepas Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di Selangor.

Beliau melabel, masalah berkenaan “sangat teruk” dan tidak dapat dipulihkan dalam jangka masa singkat, katanya.

Namun, bagi Faekah, masalah ‘sangat teruk’ yang dinyatakan itu hanya tertuding kepada Khir Toyo sendiri tetapi dialih kepada Pakatan Rakyat yang baru dua tahun mentadbir bagi menutup kelemahan sendiri demi meraih sokongan politik.

Faekah berkata, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dilaksanakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, terpaksa menempuh jalan sukar berikutan masalah-warisan kerajaan UMNO-BN khususnya ketika pimpinan Khir Toyo sendiri.

Bercakap kepada TV Selangor,  beliau percaya kenyataan Khir Toyo itu hanya bertujuan melindungi keinginan sebenar.

"Saya tidak perlu risau pun dia tidak berminat. Dia minat pun, dia tidak akan dapat dengan cara mereka menguruskan Selangor selama 50 tahun ini" katanya yang percaya rakyat Selangor sudah bosan dengan corak kepimpinan Umno BN.

Faekah yakin kerosakan yang berlaku sepanjang Umno memerintah Selangor terutama ketika Khir Toyo menerajui tampuk kuasa, begitu nyata sekalipun doktor gigi itu mendabik dada mampu dan berupaya mentadbir negeri ini, jika diberi BN kembali menguasai Selangor.

Paling ketara, kata beliau, masalah kecurian pasir yang berlarutan begitu lama dan menjolok mata.

"Kerosakan yang mereka lakukan sehingga wujud kawah-kawah besar. Jurutera kita mendapati bahawa kawah-kawah besar itu telah dikorek lebih tujuh tahun lepas" kata Faekah.

Apabila ditanya signifikan Khir Toyo  cenderung menyebut dua nama pemimpin Umno lain untuk mengemudi Selangor jika Umno BN merampas Selangor dari Pakatan Rakyat,  Faekah menganggap persoalan itu tidak relevan.

"Saya tidak peduli. Dia boleh beri 10 nama sekalipun. Dia boleh letak Tun Dr Mahathir, dia juga boleh letak Najib Razak sebagai orang yang sepatutnya dinaikkan di Selangor.

"Dia boleh letak siapapun tetapi rakyat Selangor yang menentukan siapa yang boleh," tegas Faekah.

0 Komen pengunjong :