Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Bebaskan Semua Tahanan ISA - GMI

KUALA LUMPUR, 3 Sept - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyambut baik pembebasan seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam namun mahu semua tahanan di Kem Kamunting turut dibebaskan kerana mereka tidak pernah dibuktikan bersalah.
Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, sehingga kini kerajaan tidak dapat menjelaskan sebab kukuh seseorang itu ditahan dan dibebaskan sebaliknya bergantung kepada budi bicara mereka.
"Sesuatu yang agak pelik bila seseorang itu ditahan tanpa dibicarakan dan kemudian dibebaskan atas alasan tidak lagi menjadi ancaman kepada negara.
"Kerajaan tidak ada satu indikator yang jelas. Sepatutnya tahanan ini dibebaskan lama dulu sebab yang ditahan bersamanya semua sudah dibebaskan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Semalam, Shamsuddin Sulaiman, 40, yang didakwa anggota Jemaah Islamiah (JI) Malaysia dibebaskan atas arahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Shamsuddin yang berasal dari Masai, Johor ditahan di bawah akta tersebut sejak 13 Jun 2002 dan merupakan tahanan yang paling lama dikurung di Kem Kamunting.
Syed Ibrahim turut berkata, pembebasan itu kemungkinan bertujuan untuk mengaburi mata rakyat terhadap undang-undang zalim itu dan menunjukkan kprihatinan kerajaan dengan membebaskan mangsa  menjelang Aidilfitri.
"Mungkin motif kerajaan untuk menunjukkan keprihatinan mereka dengan membebaskan mangsa pada waktu ini, memberi peluang mangsa untuk bertemu keluarga menjelang hari raya dengan harapan dapat membuatkan rakyat lupa dengan kezaliman ISA," kata beliau.
Tahun lalu, Mat Sah Mohd Satray bersama empat lagi tahanan yang dituduh terlibat dengan JI juga dibebaskan pada Ramadhan.
Tegas Syed Ibrahim, GMI tidak akan berdiam diri dan akan terus memperjuangkan nasib 18 lagi tahanan yang masih belum dibebaskan.
"Kalau betul kerajaan ikhlas, kenapa sekarang baru dibebaskan?  Bagi GMI, akta ini masih membelenggu keluarga mangsa dan kezalimannya memang tidak dapat disangkal," tegasnya.
Sementara itu, mengulas perkembangan terkini mengenai akta berkenaan berkenaan yang dikatakan akan dipinda KDN, Syed Ibrahim memberitahu, sehingga kini pihaknya masih belum dipanggil untuk meyuarakan pandangan dan tuntutan mereka walaupun kerajaan berkata akan memanggil semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan pandangan sebelum ianya dipinda.
"Sehingga kini kita belum menerima apa-apa makluman daripada kerajaan. Kita nak tahu apa indikator yang digunakan kerajaan dalam melakukan tahanan dan apa perkara yang mahu dipinda itu.
"Bagi kami idea pindaan ini hanyalah untuk melengah-lengahkan tuntutan rakyat agar ianya terus dimansuhkan.
Turut dimaklumkan juga, GMI akan meneruskan program Malam Seni Tahan Tanpa Bicara selepas Aidilfitri dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.
Julai lalu, GMI memulakan program berkenaan di Kota Damansara bertujuan menyampaikan mesej kebencian terhadap ISA kepada kerajaan.

0 Komen pengunjong :