Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno Ketepi MCA Bila Tidak Berguna Lagi

SHAH ALAM 2 Ogos - Tindakan mengheret bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik ke muka pengadilan berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) menunjukkan Umno tidak lagi peduli kepada parti komponen kedua terbesar dalam Barisan Nasional itu untuk mendapatkan sokongan pengundi kaum Cina.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor, Datuk Chua Jui Umno bertindak demikian setelah mendapati peranan MCA tidak lagi diperlukan.
"Kita melihat penangkapan dan seterusnya mendakwa bekas presiden MCA itu menunjukkan kegagalan MCA dalam peranannya sebagai sebuah parti kaum Cina dan ini menyebabkan Umno merasa mereka tidak lagi memerlukan parti itu dalam BN untuk menarik pengundi Cina.
"Apa yang Umno lakukan sekarang ialah dengan menghasut orang Melayu bahawa kaum itu diancam dan seterusnya memomok-momokkan sentimen perkauman," kata Chua kepada Suara Keadilan.
Malah lebih meragukan, Liong Sik didakwa sehari selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan untuk bercuti sepuluh hari ke luar negara.
Menyentuh mengenai 1Malaysia, Chua berkata apa yang dinasihatkan oleh Apco mengenai gagasan itu tidak menjadi kenyataan dan lebih memberikan  gambaran palsu kepada rakyat.
"1Malaysia nampak sekarang lebih kepada 1Melayu. Apa yang dikatakan Najib mengenai 1Malaysia hanyalah retorik politik semata-mata.
"Nampaknya dasar dan pelaksanaan 1Malaysia hanyalah omongan kosong pemimpin Umno-BN," ujar Cha lagi.
Liong Sik yang juga bekas Menteri Pengangkutan didakwa 30 Julai lalu di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.
Liong Sik yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2000.

0 Komen pengunjong :